Connect with us

Tips Dan Petua

Jom Cuba Resipi Kuih Bakar Pandan Sedap Guna Sukatan Cawan Jer

Published

on

Jom Cuba Resipi Kuih Bakar Pandan Sedap Guna Sukatan Cawan Jer

Kuih bakar pandan antara kuih yang selalu dijual waktu pagi mahu pun petang. Kita pun selalu beli sebab sedap. Tapi sebenarnya nak buat kuih bakar pandan ini punyalah senang. Kisar bahan, tapis dan bakar. Buat seloyang satu keluarga boleh makan.

Nak lagi best bakar garing sikit bahagian atasnya dan tabur bijan lebih. Memang layan makan waktu petang. Asyik beli je, kita buat sendiri pulak.

Sedapnya Kuih Bakar Pandan ni. Lemak-lemak manis memang membuka selera. Nak cuba buat sendiri kuih ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Ayub. Boleh hidangkan masa sarapan atau minum petang.

Resipi Kuih Bakar Pandan

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Roti Boy Guna Sukatan Cawan, Gebu Dan Rasa Lemak Manis

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan kotak
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir – boleh kurangkan kalau tak nak manis
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 penutup perisa pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan secukupnya

CARA MEMASAK:

  • Satukan semua bahan ( kecuali bijan). Kacau sebati dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan pastikan tidak berketul.
  • Ambil loyang kek cawan atau muffin. Oleskan dengan sedikit minyak atau marjerin.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan dengan secukupnya.

  • Bakar guna suhu 180C selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.

  • Bila Kuih Bakar masak dan kelihatan garing diluar, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Talam Seri Muka, Ini Tip Supaya Hasil Kuih Talam Sedap Dan Cantik

Kredit resipi & foto: Maizatul Ayub

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending