Connect with us

Teknologi

Jenama Paling Bernilai di Dunia Pada Tahun 2022

Published

on

Apple memulakan langkah kanan untuk tahun 2022 apabila syarikat teknologi gergasi ini berjaya dinobatkan sebagai jenama paling bernilai di dalam dunia oleh penyelidik dari syarikat Brand Finance.

Syarikat teknologi ini berjaya mengatasi pesaingnya Amazon dengan syarikat ini merekodkan nilai jenama yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD 355.1 billion.

Sebelum ini, Apple menjadi syarikat pertama mencapai nilai pasaran $3 trillion (RM12.5 Trilion) yang mana harga unit sahamnya mencecah RM764.50 ($182.86).

Jadi tidak hairan untuk tahun ini mereka memperoleh tempat pertama syarikat paling bernilai diatas Amazon yang kini berada di no 2. Amazon berada dikedudukan kedua dengan jenama yang dianggarkan bernilai USD350.3 billion. Diikuti Google, Microsoft dan Walmart. Berikut dibawah merupakan 25 jenama paling bernilai:

Seterusnya, Brand Finance juga telah mengiktiraf Tiktok sebagai sebuah jenama yang paling pesat berkembang dengan peningkatan mendadak sebanyak 215%. Tiktok berjaya mengatasi pesaingnya seperti Kakao, AMD, BYD dan Snapchat.

Oleh itu, dapat kita lihat bahawa syarikat yang berada di sektor teknologi masih lagi mendominasi industri paling bernilai dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih USD1250.4 Billion.

Manakala sektor peruncitan kini kekal berkembang walaupun kita di era pndemik diikuti sektor perbankan, media dan telekomunikasi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending