Connect with us

Teknologi

Jenama Paling Bernilai di Dunia Pada Tahun 2022

Published

on

Apple memulakan langkah kanan untuk tahun 2022 apabila syarikat teknologi gergasi ini berjaya dinobatkan sebagai jenama paling bernilai di dalam dunia oleh penyelidik dari syarikat Brand Finance.

Syarikat teknologi ini berjaya mengatasi pesaingnya Amazon dengan syarikat ini merekodkan nilai jenama yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD 355.1 billion.

Sebelum ini, Apple menjadi syarikat pertama mencapai nilai pasaran $3 trillion (RM12.5 Trilion) yang mana harga unit sahamnya mencecah RM764.50 ($182.86).

Jadi tidak hairan untuk tahun ini mereka memperoleh tempat pertama syarikat paling bernilai diatas Amazon yang kini berada di no 2. Amazon berada dikedudukan kedua dengan jenama yang dianggarkan bernilai USD350.3 billion. Diikuti Google, Microsoft dan Walmart. Berikut dibawah merupakan 25 jenama paling bernilai:

Seterusnya, Brand Finance juga telah mengiktiraf Tiktok sebagai sebuah jenama yang paling pesat berkembang dengan peningkatan mendadak sebanyak 215%. Tiktok berjaya mengatasi pesaingnya seperti Kakao, AMD, BYD dan Snapchat.

Oleh itu, dapat kita lihat bahawa syarikat yang berada di sektor teknologi masih lagi mendominasi industri paling bernilai dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih USD1250.4 Billion.

Manakala sektor peruncitan kini kekal berkembang walaupun kita di era pndemik diikuti sektor perbankan, media dan telekomunikasi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teknologi

Cara Mudah Elakkan Kereta Bahang Jika Parking Dibawah Panas Terik

Published

on

Cara Mudah Elakkan Kereta Bahang Jika Parking Dibawah Panas Terik

Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta dekat tempat tak berbumbung dan waktu lunch hour je nak guna kereta pergi makan, buka-buka je “Wow! Panasnya!” Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul.

Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?

Ada cara untuk nak skip kesemua bahagian ni. Korang tak perlu nak susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit. Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin kereta yang diturunkan sedikit. Baha ya tau! Hanya perlu pulas butang fungsi ini sahaja:

Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.

Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.

Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas.

Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Baha ya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak cu ri kereta kan?

Sumber: myinfomaya

Continue Reading
Advertisement

Trending