Cuba Resepi Pais Gandum Ini, Menu Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat
Dari jagung rebus, jagung bakar, kemudian jagung manis dicampur dengan susu, sememangnya salah satu menu kegemaran kita sewaktu kecil, dan sehingga kini.
Ada juga bubur jagung yang mana dicampur dengan sagu, dan kepekatan santannya cukup membuatkan kita terliur setiap kali memikirkannya. Bukan itu sahaja, jagung juga boleh dibuat hidangan lain seperti lipat jagung/pais gandum yang mana seperti lepat pisang yang perlu dikukus.
Menerusi perkongsian dari Pn Ainiza Liew ini, resepi dan langkah-langkah persediaan serta pembuatan lipat jagung ini telah dikongsikannya. Jom kita lihat bagaimana caranya. Mana tahu petang ini boleh terus buat.
Cara Buat Pais Gandum / Lipat Jagung
ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Tepung Pasung, Buat Sendiri Kalau Rindu Nak Makan. Sedap Dan Manis Berlemak!
Hello mommy yang mana tertunggu-tunggu minta resipi tadi. Hope boleh try lah ya. Ringkas dan sedappp. Ni saya dah sediakan cara-cara nak buat.
Hope dapat membantu. Maaf kalau xteratur sangat cara-cara nak masak.. Kikiki
Mula-mula buka kulit jagung dan basuh
5 jagung pun dah cukup lah bgi 5@6org makan. Kalau ramai buat lah banyak sikit bagi tambah jagung lagi k
Tos kan kulit jagung mcm ni
Lepas tu kita Parut jagung mcm biasa
Dah selesai parut. Rangka jagung jgn buang dulu masih banyak isi loorr
Rangka jagung tu kikis mcm ni
Kikis dgn pisau
Guna campuran 4bahan ni ringkas jer:
- Tepung Pulut
- Tepung Jagung
- Gula
- kelapa parut separuh
Tabur
Ke 4 bahan tu tadi semua ke dlm jagung yg tlah selesai parut. Sy Xdok sukatan tau. Just Main agak2 jer. Msuk kan tpung pulut untuk bgi adunan tu pekat lgi. Dan msukan tpung jgung jgn telalu banyak cukup lah klu air jagung tu dah resap ke dlm tpung.
Sbb jgung kan dah parut ber air. Misalnya klu nk ganti tpung gandum pun boleh juga. Klu kat dapur xdok tpung jagung ni ok. Dan masukan gula..main Agak2 jelah klu rase nk manis + lgi gula..Akhir taburkan kelapa parut semua
Dah jdi mcm ni so tggu apa lgi jom lah gaul sampai sebati
Gaul-gaul
Nampak dah sebati ni. Cuba try angkat 1 sudu rase2 adunan dah xcair lagi kan. So kita dah boleh balut dlm kulit
Isihkan ke dlm kulit jagung 2@3 sudu mkn
Lipat macam ni
Lipat kiri dan kanan
Kemas dah kan
Cara Susun tu mcm ni jgn terbalikkan nanti jagung habis kluar tumpah.
Ok da siap tggl msak jer masukkan ke dlm ketuhar semua. cara masak tu. Mcm masak Pau tau kan, panaskan air dulu kat bawa tu.baru tingkatkan
Ok Tutup. Kukus dlm 20@25 minit
Tara dah masak
Panas-panas macam ni dia lembab2, basah2 lgi… ngapp la time macam ni urmmmm, yummmy yummy. Klu dah sejuk dia akan keras sikit. Mkn waktu panas2 atau sejuk2 pun mmg sedappp
Jemput semua pais gandum sedia untuk dihadam buat keluarga.
Yang nak share resepi pais gandum ni silakan share. Ok selamat mencuba semua resipi menggunakan jagung yang ringkas dan senang di cari. Bahan-bahan yang sentiasa dalam dapur kita.
Selamat mencuba!
ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!
Sumber : Ainizaliew
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: