Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Tanam Ubi Kayu Untuk Tuaian Pucuk, Boleh Tanam Dalam Pasu

Published

on

Cara Tanam Ubi Kayu Untuk Tuaian Pucuk, Boleh Tanam Dalam Pasu

Tanam ubi kayu selain untuk menikmati ubinya, kita juga akan memetik pucuknya untuk dibuat hidangan.

Pucuk ubi ini enak direbus, dibuat gulai mahupun digoreng. Kalau lebih berminat menanam ubi kayu untuk mendapatkan pucuk, boleh ikut cara penanaman ubi kayu dalam pasu seperti yang dikongsi oleh Iskandar Ab. Rashid.

Cara Tanam Ubi Kayu Untuk Tuaian Pucuk

ARTIKEL LAIN : Tip Tanam Pokok Keladi Lambok Supaya Besar & Tinggi. Tanam Dalam Pasu Atau Kotak Polisterin Pun Boleh

Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam. Kalau pucuknya direbus, cicah budu…. Tiada kata dapat membayangkan keenakannya. Jika nak tanam untuk pucuk boleh menggunakan pasu. Caranya adalah seperti berikut;

1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.

2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.

3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.

4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).

5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.

6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.

7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.

8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.

9. Letak ditempat teduh. Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.

10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.

11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.

Selamat mencuba.

Sumber : vanillakismis.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Published

on

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Tak lengkap sesuatu hidangan nasi dan lauk tanpa sayur yang sedap. Jika begitu, anda boleh cuba resipi Kacang Botol Goreng Belacan pada hari ini.

Kacang botol juga dikenali sebagai kacang kelisa atau kacang botor, merupakan sejenis sayuran yang cukup popular di Malaysia.

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan yang dikongsikan oleh Adam Abdullah di Facebook ini menggunakan jalan kerja yang sangat mudah. Jom cuba!

RESIPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

Orang-orang kampung suka tanam pokok kacang botol di luar rumah kerana sayur ini sering digunakan dalam pelbagai masakan tempatan seperti ulam-ulaman, sayur tumis dan kerabu.

Kacang Botol sangat kaya dengan nutrien seperti protein, vitamin, dan mineral, di samping mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Bahan-bahan:

  • 20 batang kacang botol
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 batang cili hijau*
  • 10 batang cili padi (nak pedas lagi boleh tambah)
  • Satu genggam ikan bilis*
  • Satu sudu belacan*

Cara-cara:

1. Hiris kacang botol secara kecil-kecil, kemudian basuh bersih-bersih.

2. Kisar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*).

3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan garing.

4. Masukkan garam dan perasa, kemudian masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi.

5. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Jika suka berkuah, boleh letak air banyak sikit.

6. Biarkan mendidih dan garing, kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang!

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan ini cukup sesuai untuk mereka yang sukakan sayur ringkas. Tambahan pula, cara memasaknya tak begitu renyah.

Rasa pedas yang memikat dengan kerangupan kacang botol pasti membuatkan anda berselera makan, silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya.

Jangan lupa untuk hidangkan Kacang Botol Goreng Belacan di rumah sebagai hidangan buat seisi keluarga pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber : Adam Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending