Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit

Published

on

Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit

Resipi bawang putih goreng ini sangat sedap dan rangup. Bukan itu saja, ianya sangat bagus untuk membuang angin dalam badan.

Tapi jika salah teknik menggoreng, bawang putih akan menjadi pahit dan tidak enak dimakan.

Ada caranya kalau nak buat bawang goreng yang rangup, cantik elok dan tidak pahit. Ikut cara cara yang dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer di bawah.

Tips Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit

ARTIKEL LAIN : Tip Simpan Baki Lengkuas Agar Tahan Lama, Beli Seketul Besar Guna Beberapa Hiris Saja

Bahan-bahan:

  • Bawang putih

Cara-cara:

1. Kopek bawang putih. Nak mudah kopek, leraikan seulas-ulas bawang kemudian rendamkan dengan air selama 15 minit.

2. Sagat menggunakan sagat jenama tupperware.

3. Rendam dengan air dan garam selama 15 minit. Selepas itu bilas sebanyak 3 kali menggunakan air biasa.

4. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak. Api jangan terlalu perlahan nanti akan jadi lembik dan lemau. Guna api sederhana besar.

Bila warna dah agak-agak bertukar keperangan, terus angkat. Jangan biar sampai warna coklat nanti jadi pahit.

Tips nak dapatkan bawang goreng yang cantik:

  • Masak dengan menggunakan api yang besar.
  • Masa mula letak bawang, minyak jangan panas nanti terus masak layu.
  • Semasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.

Kredit : Masfaliza Ab Jaafer

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending