Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Bayam Brazil Dalam Botol Plastik. Cantik Merimbum, Senang Petik & Alihkan!

Published

on

Cara Tanam Pokok Bayam Brazil Dalam Botol Plastik. Cantik Merimbum, Senang Petik & Alihkan!

Pokok bayam brazil merupakan tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Pokok bayam brazil juga mudah membiak dengan cepat dan hasilnya dapat dituai hanya selepas beberapa minggu sahaja selepas ditanam.

Cara tanam bayam brazil paling mudah adalah kita semai dengan keratan batang. Kita potong sahaja keratan batang dalam 4-7 cm. Kemudian cucuk di dalam pasu satu per tiga dalam tanah.

Anda boleh menanam pokok bayam brazil ini dirumah menggunakan botol plastik seperti yang dikongiskan oleh Pn Zainol Yunus ini. Mudah untuk dialihkan dan mudah untuk dijaga. Hasilnya pokok sangat cantik, daun merimbun dan mudah nak dipetik. Malah menjimatkan ruang dan tanah.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

DIY, STEP BY STEP CARA TANAM BAYAM DALAM BOTOL PLASTIK

ARTIKEL LAIN : Ini Cara Tanam Bayam Dalam Baldi & Bakul, Tak Perlu Pun Ruang Yang Luas

Salam sahabatsemua. Dulu akak pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanam bayam brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat Akk explain pada setiap caranya pada setiap gambar-gambar di bawah. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • Botol Plastik
  • Tanah Organik
  • Anak Bayam Brazil
  • Marker
  • Pemateri elektrik (soldering iron)/ besi panas

CARA-CARANYA :

1. Sediakan botol, ambil marker dan tandakan lubang yang akan dibuat supaya lebih tersusun.

2. Tebuk botol pada bahagian yang telah di marker menggunakan alat Pemateri elektrik (soldering iron)/ besi panas.

3. Pastikan bahagian bawah botol juga dibuat lubang supaya menjadi laluan air yang berlebihan.

4. Kemudian masukkan tanah organik ke dalam botol ( biasanya tanah ini boleh di beli di nursery – campuran cocopeat, tanah sisa sawit n tanah biasa)

Gunakan botol yang dijadikan corong untuk mudah masukkan tanah ke dalam botol.

5. Dapatkan anak benih daripada pokok dimakan ulat. Buang daun-daun. Tinggalkan tunas sahaja.

6. Sebelum cucukkan batang bayam brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang Bayam Brazil.

Batang yang telah ditanam pada botol

Hasil daripad pokok yang ditanam di dalam botol

Mudah-mudah perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca yang mereka yang ingin menanam di rumah.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Puas Hati Memang Menjadi Ikut Cara Ini Tanam Daun Sup Di Rumah

Sumber/Foto : Pn Zainol Yunus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending