Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Tanam Sendiri Pokok Cekur Di Rumah, Berbaloi Tanam Boleh Makan Daun & Ubi

Published

on

Cara Mudah Tanam Sendiri Pokok Cekur Di Rumah, Berbaloi Tanam Boleh Makan Daun & Ubi

Ada banyak hidangan yang menggunakan cekur atau kencur. Dari masak lemak, kerabu, tumis malah daun cekur ini juga enak bila dijadikan ulam. Bukan saja sedap tapi punya khasiat kesihatan tersendiri.

Ia juga tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan membiak. Cekur ini boleh saja di tanam dalam pasu atau atas batas. Memang berbaloi tanam kerana bukan saja daun, ubinya pun boleh dimakan.

Jika nak cuba tanam panduan berikut boleh digunakan.

ARTIKEL LAIN : 2 Bulan Dah Boleh Kutip Hasil Ini Kaedah Betul Tanam Bawang Merah

Untuk penanaman cekur boleh gunakan benih atau ubinya dari pokok cekur yang sedia ada. Atau boleh beli ubi atau rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik.

Sediakan pasu atau dalam bekas khas isikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan). Pastikan pasu mempunyai lubang air keluar.

Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Tunas baru akan keluar daripada ubi yang ditanam ini. Jika tanam dari pokok cekur sedia ada, boleh tanam sekali dengan pokoknya.

Bagi pembajaan pokok cekur boleh gunakan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun.

Daun cekur boleh dikutip seawal 3-4 bulan lepas tanam, bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Tak Perlu Beli Halia Ikut Cara Ini Tanam Halia Dengan Betul Dan Senang Baru Menjadi

Sumber : Anim Hosnandan Facebook Berkebun D Rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Published

on

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending