Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Sayur Pedas Timun, Lauk Simple Tapi Sedapnya Tak Terkata. Ikut Resipi Arwah Mak

Published

on

Cara Masak Sayur Pedas Timun, Lauk Simple Tapi Sedapnya Tak Terkata. Ikut Resipi Arwah Mak

Sayur Pedas Timun merupakan hidangan ataupun lauk ‘orang kampung’ yang sangat sedap dan mudah penyediaannya. Walaupun hidangan ini ringkas sebegini, namun rasanya membuatkan anda boleh tambah nasi beberapa kali.

Ada masa kita tak tahu dah nak masak lauk apa kat rumah. Tapi masa yang sama kita tak mahu makan gulai atau sambal tumis. Waktu macam ni elok buat lauk simple macam ni, sayur pedas timun. Bolehla guna sayur timun yang masih tersimpan dalam peti sejuk tu. Lauk ini juga selalu mak-mak kita buat.

Kalau teringin nak makan boleh ikut cara yang dikongsi oleh Tengku Azwa ini.

Masak sayur pedas ikut cara arwah mak

ARTIKEL LAIN : Resepi Asam Pedas Melaka Asli. Ini ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Kalau stok timun tak tahu nak masak apa, boleh buat sayur pedas ni. Simple je. Orang Terenganu panggil sayur pedas, jodohkan dengan sambal belacan. Saya masak ikut resipi arwah mak. Orang berpantang pun boleh makan. Masak dengan lobak putih

Bahan-bahan

  • 1 batang timun
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2sb lada hitam
  • 1 ekor isi ikan rebus
  • (Kalau tiada ikan rebus boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap guna ikan rebus)

Cara membuat:

1.Tumbuk semua bahan di atas kemudian masukkn dalam periuk semua sekali.

2.Masuk air secukupnya. Kalau nak tumis dulu bahan tumbuk pun boleh, tapi jangan tumis sekali ikan. Saya tak tumis terus je masukkan air.

3.Perasakan dengan garam, nak letak perasa pun boleh

4.Saya tak masukkan gula sebab timun dah rasa manis. Nak letak daun kesum pun boleh.

Info: Selain timun boleh juga ganti petola atau labu.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Sedapnya Meratah. Ini Resipinya!

Sumber: Tengku Azwa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Published

on

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Pokok pudina antara herba yang sangat popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai banyak kegunaan. Daunnya sering digunakan dalam minuman, masakan dan pelbagai hidangan kerana aroma segarnya yang menyenangkan.

Menariknya, pokok pudina juga sangat mudah dibiakkan. Dengan teknik yang betul, hanya beberapa pucuk sahaja sudah cukup untuk menghasilkan banyak pasu baru dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin berjimat dan mahu menambah koleksi tanaman herba di rumah, kaedah tanam pudina menggunakan pucuk adalah antara cara paling mudah dan cepat berhasil.

Kenapa Ramai Pilih Tanam Pudina Guna Pucuk?

Berbanding kaedah rendaman batang dalam air, teknik menggunakan pucuk lebih cepat untuk menghasilkan akar dan pertumbuhan baru.

Selain itu, ia juga lebih praktikal kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Dengan hanya beberapa batang pudina matang, pokok baru boleh dibiakkan berkali-kali.

Pilih Medium Tanah Yang Sesuai

Pokok pudina memerlukan tanah yang ringan, gembur dan mudah menyimpan kelembapan.

Antara medium yang sesuai ialah tanah organik atau campuran tanah sawit yang mempunyai saliran air yang baik. Tanah yang terlalu padat boleh menyebabkan akar sukar berkembang.

Gunakan Pucuk Yang Sudah Matang

Pemilihan pucuk memainkan peranan penting untuk memastikan pokok cepat hidup.

Pucuk yang matang biasanya mempunyai batang berwarna sedikit ungu atau keperangan muda. Pucuk jenis ini lebih kuat dan mempunyai kadar hidup yang lebih tinggi.

Elakkan menggunakan pucuk yang terlalu muda kerana batangnya masih lembut dan mudah layu selepas ditanam.

Cara Tanam Pucuk Pudina

Selepas memilih pucuk yang sesuai, cucukkan batang pudina ke dalam tanah yang sudah digemburkan.

Kemudian siram sehingga tanah benar-benar lembap. Pastikan air mencukupi supaya pucuk cepat menyesuaikan diri dengan medium baru.

Simpan Di Tempat Teduh Pada Peringkat Awal

Selepas ditanam, letakkan pasu di kawasan teduh selama satu hingga dua minggu.

Pada peringkat ini, elakkan cahaya matahari secara terus kerana pucuk masih belum mempunyai akar yang kuat. Jika berjaya hidup, daun akan kekal hijau dan mula mengeluarkan tunas baru.

Dedahkan Kepada Cahaya Matahari Secara Beransur

Apabila pokok mula stabil dan tumbuh daun baru, barulah ia boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara perlahan-lahan.

Pokok pudina yang sudah matang sebenarnya boleh hidup dengan baik di bawah cahaya matahari penuh asalkan mendapat air yang mencukupi.

Pembajaan Ringan Untuk Pertumbuhan Lebih Subur

Selepas usia pokok mencecah sekitar dua minggu, sedikit baja boleh diberikan untuk membantu pertumbuhan daun dan akar.

Gunakan baja dalam kuantiti kecil sahaja kerana pokok pudina tidak memerlukan baja yang terlalu banyak.

Kelebihan Tanam Pokok Pudina Di Rumah

  • Mudah dijaga dan cepat membiak
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
  • Menjimatkan kos membeli herba segar
  • Memberi aroma segar di kawasan rumah
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang kecil

Penutup

Menanam pokok pudina menggunakan pucuk memang antara cara paling mudah untuk mendapatkan banyak anak pokok dalam masa singkat.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang cukup, tanah yang sesuai dan pencahayaan yang betul, pokok pudina boleh tumbuh subur dan cepat membiak di rumah.

Bagi yang baru mahu mula berkebun herba, pokok pudina memang sangat sesuai dijadikan tanaman permulaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending