Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan Saja, Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat

Published

on

Cara Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan Saja, Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat

Bagi yang suka masak sayur lemak atau pun berniat petang-petang nak makan tauhu sumbat dengan famili biasanya tauhu dibeli sehari sebelum tu.

Bukan apa tauhu biasanya tidak elok disimpan lama kerana cara penyediaannya tidak menggunakan pengawet jadi bahan makanan ini tidak seharusnya kita beli dan simpan. Sangat digalakkan untuk beli sehari sebelum nak masak.

Sememangnya bahan-bahan basah semuanya mempunya tempoh jangka hayat yang pendek. Sama juga dengan tauhu yang mana kita selalunya beli yang dah siap dekat pasar basah atau pasaraya, dan selalunya beli beberapa paket dan selebihnya akan simpan.

Kadang kala kita terlupa nak guna tengok semula tauhu dah ada bau yang kurang menyenangkan sebab kita pun tak tau bila tarikh sebenar tauhu tu dibuat.

Kalau boleh buat sendiri mungkin lebih mudah, mana tahu berniat untuk berniaga tauhu sumbat atau tauhu bakar ke. Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin, apa yang tinggal nak buat saja. Jom kita tengok sikit macam mana tauhu homemade ni.

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

Cara Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan Saja

ARTIKEL LAIN : Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung & Kukus!

BAHAN-BAHAN TAUHU HOMEMADE:

  • 3kg kacang soya
  • 18 liter air
  • 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK TAUHU HOMEMADE

Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya. Masak susu soya hingga mendidih.

Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak bila diperah.

Jika anda suka dengan artikel tauhu homemade ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Buat Tempe Sendiri Dirumah Hanya Guna 2 Bahan Mudah Saja

Sumber : Azlia Al Hayahuddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending