Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Published

on

Join Telegram Arus Perdana Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Cara Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.

Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.

Paling menarik mushroom seasoning ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.

Cara Buat Sendiri Mushroom Seasoning Homemade

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Punyalah Sedap Bahkan Rangup Sampai Ke Petang!

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.

Bahan-bahan

  • 100g cendawan kering/ dried shitake mushroom
  • 50g garam
  • 50g gula

Cara membuat:

1. Basuh cendawan dan keringkan. Lap dengan kain atau tisu dapur.

2. Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Sejukkan.

3. Selepas sejuk masukkan dalam TM6 semua bahan dan grind selama satu minit, kelajuan 10.

4. Boleh juga guna pengisar kering, kisar hingga jadi serbuk tapi pastikan kisar sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : 3 Cara Mudah Tajamkan Kembali Pisau Blender Yang Tumpul

Sumber: Nawal Yasmin Mat Noh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Garlic Bread Ketagih Memang Sedap, 1 bungkus Roti Gardenia Panjang Habis Sekelip Mata Je!

Published

on

Join Telegram Arus Perdana Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Garlic Bread Ketagih Memang Sedap, 1 bungkus Roti Gardenia Panjang Habis Sekelip Mata Je!

Jika ada roti sandwich di dapur tu boleh cuba buat Garlic bread ketagih ni.

Sebab ape ketagih?

Sebab bila makan tak boleh nak stop. 1 bungkus roti Gardenia yang panjang tu boleh habis sekelip mata je. Anak-anak yang kurang makan roti pun pun berulang kali makan. Memang licin dibuatnya.

Anda nak cuba? Jom ikuti perkongisan resepi oleh Siti Norizan di bawah ini.

RESEPI GRALIC BREAD KETAGIH

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

Makan panas-panas, memang tak sedar dah makan berapa keping tau.. Makan macamtu pon dah sedap, apatah lagi Kalau makan dengan mushrooms soup

BAHAN-BAHAN :

  • Roti
  • Marjerin/butter/planta
  • Bawang putih ditumbuk halus atau cincang halus – saya guna 3 ulas untuk 6 keping roti
  • Parsley flakes/mix herb/daun bawang atau daun sup cincang halus

CARA-CARA :

1. Tumbuk bawang putih. Gaul dengan majerin/butter. Masukkan daun parsley flakes/mix herb/daun bawang tadi. Kacau rata.

2. Sapu rata atas roti. Potong 2 atau 3.

3. Susun dalam tray.

4. Panaskan oven api atas bawah 170°c.

5. Spray atau renjis roti dengan air. Untuk melembabkan roti (bila makan tak la rasa kering/atau tercekik)

6. Masukkan tray dalam oven. Kalau takde oven biasa tu guna oven toaster pon boleh.

  • Ikut resepi asal bakar dalam masa 17 minit.
  • 3 minit terakhir bakar guna api atas jer utk garingkan bahagian atas.

Siap.

Boleh dimakan macam tu jer pon dah sedap atau cicah dengan mushroom sup/sup ayam atau sup apa-apa pon boleh.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Norizan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending