Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Punyalah Sedap Bahkan Rangup Sampai Ke Petang!

Published

on

Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Punyalah Sedap Bahkan Rangup Sampai Ke Petang!

Siri Upin Ipin antara animasi kegemaran ramai. hampir semua dalam kalangan kita pernah menonton siri Upin Ipin ini.

Jika anda perasan, Ipin wataknya suka sangat makan ayam goreng. Jadi perkongisan kali ini, kami nak share resepi ayam goreng Upin Ipin.

Nampak macam ayam goreng biasa, tapi rasanya bukan sahaja anak-anak malah mak ayah pun ketagih sama dibuatnnya.

Mari ikuti resepi ayam goreng Upin Ipin perkongsian Jimmy Aisy di bawah ini.

AYAM GORENG UPIN IPIN

ARTIKEL LAIN : Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok

Okey, ini lah bahan bahan rahsia jimmy yang org selalu tanya macam mana nak buat ayam goreng Upin Ipin Jimmy ni, tepung homemade yang jimmy buat. Boleh la share ya

BAHAN-BAHAN

  • Peha Ayam
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1/2 inci halia di tumbuk halus

Gaul ayam dengan dua bahan ni dan letak tepi dulu ..

BAHAN SALUTAN TEPUNG :

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 Sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil white pepper
  • 1 sudu kecil black peppercorns
  • 1 sudu kecil ketumbar *
  • 1 sudu kecil jintan manis *
  • 2 sudu kecil jintan putih *
  • Pink Salt Himalayan secukup rasa ,
  • Perasa secukup rasa

CARA-CARA :

1. Sangai bahan yang bertanda * dan kisar halus. Kemudian masukkan bahan tepung ke dalam satu bekas dan gaulkan sehingga rata. Masukkan juga bahan sangai yang dikisar tadi.

2. Seterusnya masukkan baking powder, garam, perasa, white pepper, black peppercorns dan gaul rata. Jika nak pedas boleh tambah chilli powder.

3. Ambil sesudu makan tepung yang sudah dibancuh dengan bumbu kemudian gaul dengan peha ayam. Biar basah sikit, selepas itu baru gaul dengan tepung yang banyak. Biarkan ayam disalut rata macam tepung gomak ok.

4. Sediakan kuali atau periuk dan goreng ayam guna minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Pastikan minyak kena betul-betul panas, baru tepung terus lekat, api kena perlahan supaya bahagian dalam ayam masak.

5. Jangan balik-balikkan ayam ketika menggoreng. Goreng ayam dalam 8 ke 10 minit, jadi 4 minit satu side dan 4 minit lagi satu side.

InsyaAllah rangup sampai ke petang nanti.

Opss tepung tu yang lebih boleh simpan masuk dlm belas, tutup rapat. Esok lusa nqk makan dah tak payah susah nak buat lagi.

Selamat mencuba!!

ARTIKEL LAIN : Patutlah Sedap Bebenor Ayam Goreng Mamak Ni. Rupanya Ini Rahsia Resepinya.

Sumber/Foto : Jimmy Aisy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending