Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap. Modal RM5 Sekeluarga Makan Tak Habis
Memang roti ini banyak dijual tapi, takkan sama dengan yang kita buat sendiri. Automatik yang dibuat sendiri akan rasa lebih sedap.
Bagi yang nak cuba buat roti sendiri boleh ikut yang dikongsi cikgu Azlina Ina Fans ini. Elok gebunya. Modal nak buat roti ini pun murah saja, tak sampai RM5 tapi hasilnya puas makan.
Apa kata anda cuba buat sendiri roti dengan mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan gebu. Baca perkongsian resipi oleh pengguna Fbk Azlina Ina di bawah ini. Ayuh kita mulakan!
Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap
ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung, Macam-Macam Jenis Boleh Dapat Dengan Gunakan Sukatan Sama
Sebelum mula buat roti, buat dulu pelembut doh. Bahan ini penting sebab kita takde bahan pelembut doh jadi kita buat sendiri.
Bahan pelembut doh:
- 2 sb tepung gandum
- 1 cawan air
Campur dua bahan ini bancuh rata dan tapis. Kemudian masak sampai jadi likat. Boleh buat banyak, gandakan sukataan tu dan simpan dalam peti ais. Bila nak guna panas kan tambah air atau letak luar kejap hilang sejuk.
Selepas buat pelembut doh kita sediakan bahan untuk yis:
- Yis
- 1/2 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
Air suam tadi tuang tuang dalam gelas tinggi takut melimpah bil berbuih. Satukan dengan gula (ini ejen untuk aktifkan yis, kalau yis rosak yis tak berbuih lepas 10 minit.
Selepas satukan semua bahan, tak perlu kacau dan tutup biar dalam 10-15 minit.
Seterusnya bolehlah mula proses sebenar buat roti.
Bahan adunan roti:
- 1kg tepung
- 1 biji telur
- 3sb majerin atau butter
- 3sb pelembut doh
- Sedikit garam halus
- 4sb susu tepung (jika suka)
- 1/2 sb baking powder (kalau takde takpe)
- 5sb gula (kuantiti ikut kemanisan yang dikehendaki.
Satukan semua bahan, gaul sampai jadi macam serbuk roti
Masukkan 1/2 cawan air yis berbuih tadi kemudian uli sikit sikit.
Penting sediakan air biasa plus ais batu. Biar sejuk, boleh juga guna air dalam peti ais yang dah sejuk. Tambah dan uli, habis satu cawan tadi.
Kemudian tambah air sejuk lepas 1 cawan tadi standby 1/2 cawan lagi tapi tuang sekadar nak lembutkan doh. Doh memang melekit di tangan. Berhenti uli bila dah rasa doh lembik sikit, itu maksudnya semua tepung dah basah. Sediakan 1 cawan tepung tambah sikit sikit sambil uli tabur supaya tak lekat kat tangan.
Ini cara uli pakai perut tangan. Kita tenyeh, tarik pakai perut tangan tu ke depan tarik ke belakang. Buat sampai 10 minit sampai doh tadi licin, tak lekat kat tangan.
Pindahkan dalam mangkuk doh tadi senang untuk tutup. Tak nak bagi lekat bila kembang tabur tepung dulu dalam mangkuk.
Ok sebab masa buat ni malam, kalau sejuk dia lambat kembang. Jadi kita dapat idea panaskan oven 100 darjah set 40 minit. Tutup mangkuk dengan tuala lembap. Letak mangkuk dekat dengan oven yg panas tadi jadi cepatlah dia kembang.
Lepas 40-45 minit, dia dah naik sekali ganda dan nampak cantik.
Tumbuk adunan tadi untuk buang angin, kemudian pindah balik dalam besen untuk senang uli. Letak minyak dalam loyang dan juga kat tangan waktu uli ini. Bentukkan, buat bulat jer.
Letak doh tadi dalam loyang yg ade. Panas kan oven 100 darjah 30 minit. Tak perlu tutup dah loyang tadi.
Dah naik, elok pulak. Masa ni adalah paling penting untuk roti yg uli ala kadar Waktu roti membesar ni kena betul betul kembang baru bakar. Jangan baru naik sikit dah bakar.
Kena tunggu roti naik elok sebab tu biar kena haba oven bile panas roti cepat naik. Waktu mengembang ni sebenarnya proses dalam doh bertindak balas. Kalau kurag naik atau terlebih naik nanti roti keras.
Agak-agak dah penuh loyang sapu atas doh dgn butter atau majerin. Kalau semua takde susu segar pun boleh. Susu cair pun boleh kalau takde jugak minyak masak je.
Bakar suhu 150 darjah masa 45 minit api atas bawah tapi bergantung oven masing-masing. Asal atas perang tu roti masak dah lah tu. Waktu panas dalam loyang sapu butter atau majerin untuk kilat.
Dah siap
Gebu rotinya. Makan waktu panas cicah kopi. Boleh cuba modal tak sampai RM5. Cara simpan roti ni, masukkan dalam bekas bertutup.
Selamat mencuba! Semoga Manfaat!
ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Roti Boy Guna Sukatan Cawan, Gebu Dan Rasa Lemak Manis
Sumber: Azlina Ina Fans
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: