Connect with us

Tips Dan Petua

 Cara Buat Kerepek Gunting Air Tangan Mertua Paling Sedap, Resepi orang Dulu-Dulu. Tak Berhenti Kunyah Dibuatnya!

Published

on

Cara Buat Kerepek Gunting Air Tangan Mertua Paling Sedap, Resepi orang Dulu-Dulu. Tak Berhenti Kunyah Dibuatnya!

Kerepek Gunting antara snek hidangan ringan tradisonal masih ada pada hari ini. Hidangan warisan masih diminat ramai sehingga ke hari ini. Rasanya yang rangup dan pesan terkadang buatkan kita tidak sedar hampir sebalang dikunyahnya.

Nak menyediakannya juga agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Haniza Angah Ija ini. Resepi orang dulu-dulu.Nak menyediakan boleh menggunakan mesin mee. Jika tiada boleh guna cara original, canai nipis dan gunting, macam stail dulu-dulu.

Tolong mak mertua buat ni. Sapa suka makan ni…layannn ja dok depan tv. hehe.. Mari ikuti perkongsian dibawah ini.

Cara Buat Kerepek Gunting Air Tangan Mertua Paling Sedap

ARTIKEL LAIN : Resepi Rempeyek Ayah Mentua Dapat Lebih 32K Shares, Nak Letak Ikan Bilis Lebih Pun Boleh!

Memandangkan ramai minta resepi.. Ni resepinyaa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 tangkai cili kering (*)
  • 2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis (*)
  • 1/2 sudu kecil jintan putih (*)
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 120ml air – campurkan sikit-sikit masa menguli
  • Sedikit daun kari – guna masa menggoreng
  • Minyak untuk menggoreng

(* dikisar)

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.

3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal. ( adunan akan jadi macam doh karipap)

5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.

6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.

7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.

8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.

9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.

10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Popia Sira Sambal Pedas Manis, Nak Rangup Sampai Malam Kena Buat Macam Ni

Sumber/Foto : Haniza Angah Ija

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending