Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kerabu Kerang Taugeh, Memang Sedap. Kecur Air Liur Dibuatnya!

Published

on

Cara Buat Kerabu Kerang Taugeh, Memang Sedap. Kecur Air Liur Dibuatnya!

Bagi penggemarnya sebut sahaja kerabu kerang taugeh sudah pasti kecur air liur dibuatnya. Mana tidaknya rasanya yang sedap penih dengan rasa masam, manis, pedas dan menyengat semestinya mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Bahkkan ia lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan hanya ringkas, kos membuatnya pun murah. Buat sendiri sahaja dekat rumah. Sudah pasti boleh makan sepuas-puasnya.

Mari ikuti perkongisian resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di bawah ini.

RESEPI KERABU KERANG TAUGEH

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Rendang Kacang Panjang, Barulah Lain Sikit. Sedap & Lengkap

Antara kerabu yang boleh anda cuba ialah kerabu ini. Memang sedap!

Mari ikuti perkongisian resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di bawah ini.

Ada yang nok tak resepi kerabu kerang taugeh

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk taugeh ( celur sekejap)
  • 5 biji kacang botol ( saya xda stok pakai kacang panjang je)
  • 1 biji bawang besar ( mayang)
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang bunga kantan ( hiris nipis)
  • 1 genggam udang kering
  • 1/2kg isi kerang rebus
  • jus limau nipis secukupnya
  • sedikit belacan
  • kerisik secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK :

1. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula Dan garam serta kerisik gaul sebati..

2. Satu kan semua bahan dalam bekas Dan gaul rata, rasa dan boleh lah ejas rasa mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber : Nor Khomariah Norrohman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Published

on

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Ramai yang tanam pokok jambu madu di kawasan rumah atau kebun. Ini kerana cara penanaman dan penjagaannya agak mudah. Ia boleh ditanam melalui keratan ranting saja.

Cuma yang membezakan adalah buah yang dihasilkan. Semestinya kita mahu hasil buah pokok jambu madu yang ditanam ini manis dan sedap, bukan sekadar manis biasa-biasa saja. Dapat pula warnanya yang merah menyala cantik, lagi puas hati.

Bagi menghasilkan buah jambu madu yang sebegini, ada tip yang perlu dipraktikkan. Dikongsi oleh Pyan Sempoi ini panduannya.

Tip Dapatkan Hasil Jambu Madu Yang Terbaik

Musim panas ni buah jambu madu Red Taiwan sangat sedap dan manis. Warna pun merah cantik. Sengaja petik awal sebab tak sabar nak rasa. Sepatutnya tunggu bulu pada buah jadi hitam barulah dipetik. Ini tanda buah betul-betul matang dan lebih manis.

Tip untuk dapatkan hasil jambu madu atau air yang terbaik;

1. Kena kurang atau jarangkan buah dalam satu tangkai. Jangan biar terlalu banyak dalam satu tangkai. Kemudian buah ini perlu dibungkus.

2. Bila buah jambu dah besar kena kurangkan air sewaktu siraman. Tapi jangan terlalu kurang sampai pokok layu. Siram cukup-cukup saja.

3. Beri baja tinggi nilai K

Baja tinggi K (kalium) ini adalah untuk dapatkan buah yang berkualiti.

4. Tabur atau sembur epsom salt atau garam bukit atau baja kalsium magnesium. Garam epsom berfungsi menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Pyan Sempoi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending