Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kepak Ayam Madu Padu, Bakar Guna Air Fryer Lagi Senang. Confirm Ratah Hingga Jilat Jari

Published

on

Cara Buat Kepak Ayam Madu Padu, Bakar Guna Air Fryer Lagi Senang. Confirm Ratah Hingga Jilat Jari

Kepak ayam madu atau honey chicken wing selalu kita makan menu ini di restoren makanan segera, dan banyak juga jual di pasar malam. Memang sedap! Seketul takkan cukup. Jadinya kalau nak puas makan boleh buat sendiri.

Bahan mudah, beli saja kepak ayam di pasar raya selebihnya bahan memang ada di rumah. Paling best tiada sukatan, ‘campak-campak’ saja dan bakar dalam air fryer. Confirm menjadi dan diratah hingga menjilat jari.

Caranya dikongsi oleh Aliah Yahaya Alia

Honey Chicken Wing, Tiada Sukatan Tapi Menjadi

ARTIKEL LAIN : Cara Salut Tepung Pada Ayam Supaya Rangup Dan Berkerinting Bila Digoreng

Resipi campak campak, bukan campak terus gitu. Maknanya tiada sukatan.

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian kepak
  • Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
  • Brown sugar
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Serbuk cili – untuk warna dan rasa pedas
  • Madu
  • Garam

Cara membuat:

  • Campurkan kesemua bahan diatas. Gaul-gaulkan hingga semua sebati.
  • Kemudian, perapkan chicken wings tadi lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi sedap tau.
  • Bila dah perap boleh bakar ikut la oven atau Air Fryer. Saya guna Air Fryer je. Mudah dan senang. Bakar pada Suhu 170 darjah selama 15 minit bagi bakar yang pertama.
  • Kemudian, tambah masa & suhu kepada 180 darjah selama 5 hingga 6 minit bagi bakar yang kedua. Ikut masing-masing punya AF ye.

Siap!

Buat Sendiri Kepak Ayam Madu, Bakar Guna Air Fryer Lagi Senang. Confirm Ratah Hingga Jilat Jari

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Goreng Salut Tepung Rangup. Nak Jimat Tepung Bancuh Sendiri, Ini Caranya

Sumber : Aliah Yahaya Alia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending