Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kaswi Pandan Lemak Manis Yang Sedap & Lembut Bergoyang, Guna Sukatan Cawan Je!

Published

on

Cara Buat Kaswi Pandan Lemak Manis Yang Sedap & Lembut Bergoyang, Guna Sukatan Cawan Je!

Bagi mereke yang menggemari kuih muih berasaskan pandan wajib cuba resepi kuih kaswi pandan ni.

Rasanya yang lemak-lemak manis, teksturnya yang lembut dan bergoyang, dihidangkan pula bersama kelapa parut dan garam memang sedap.

Nak membuatnya juga cukup mudah, mari kita ikuti perkongisan resepi oleh Mas Cotek di bawah ini.

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Talam Seri Muka, Ini Tip Supaya Hasil Kuih Talam Sedap Dan Cantik

Kaswi pandan lemak manis, siap kilaih lagi tu, hehehe. opah share sebahagian dari resepi-resepi terdahulu disini. Diizinkan share. Silakan.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
  • 4 cwn air
  • 1 1/4 cwn gula
  • 1 sdt air kapur
  • 1/2 sdt pewarna hijau star brand

CARA-CARA PENYEDIAANYA :

1. Sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak

2. Panaskan kukus

3. Satukan kesemua bahan, tapis jika perlu (opah blend je)

4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min

5. Buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi. Tujuannya nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap-tap tisu dapur jika permukaan masih berair.

6. Tutup api/keluarkan kuih

7. Biar betul-betul sejuk kemudian potong

Hidang bersama kelapa parut putih dan garam. Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber : Mas Cotek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending