Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Fries Homemade Paling Sedap Macam Di Kedai, Rupanya Kena Ada Bunyi ‘Meletup’

Published

on

Cara Buat Fries Homemade Paling Sedap Macam Di Kedai, Rupanya Kena Ada Bunyi ‘Meletup’

Sebut sahaja kentang goreng, ini merupakan menu kudap-kudapan yang sangat diminati ramai tanpa mengira usia. Bahkan ada juga yang menjadikan kentang goreng ini sebagai menu kudapan sepanjang masa, risau pula jika tidak menyihatkan! Jadi, macam mana cara buat kentang goreng homemade tapi rasa macam yang dibeli di kedai?

Berikut merupakan perkongsian resepi dari Nija Lim di dalam Facebooknya tentang teknik untuk anda menggoreng kentang atau fries supaya dapat rasa yang sama macam dibeli di kedai. Kalau macam ini, makan hari-hari pun boleh!

CARA BUAT KENTANG GORENG HOMEMADE

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah Lebih Jimat Puas Makan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kentang Pakistan (4-5 biji)
  • Tepung jagung
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-caranya:

  • Ambil 4 hingga 5 biji kentang
  • Potong memanjang bentuk fries
  • Cuci dan toskan

Ambil sesudu garam dan gaul sebati

Set timer selama 10 minit dan biarkan kentang sebentar supaya keluar air

Selepas 10 minit, cuci dan toskan

Ambil kitchen towel dan lap-lap sedikit

Ambil satu bekas dan letakkan 2 sudu tepung jagung

Masukkan fries yang telah dilap tadi ke dalam bekas tepung jagung

Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan fries

Kentang akan bersalut sebati dengan tepung jagung

Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana

Gorengkan kentang yang bersalut tadi sehingga masak dan toskan minyak

Gorengan kali kedua perlu dilakukan jadi panaskan minyak dengan api yang kuat kemudian masukkan semula kentang yang telah digoreng tadi sehingga ada bunyi meletup dan jadi golden brown

*Siap! Boleh dimakan sambil menonton televisyen bersama seisi keluarga!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Sumber: Nija Lim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending