Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Daging Masak Merah Ala Thai, Sama Sedap Macam Dekat Kedai!

Published

on

Cara Buat Daging Masak Merah Ala Thai, Sama Sedap Macam Dekat Kedai!

Resepi daging masak merah ini lebih kurang seperti di kedai tomyam. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas.

Pertama sekali, daging direbus bersama pewarna merah sehingga empuk dan lembut. Kemudian ia dihiris nipis.

Kemudian, daging dimasak bersama kuah merah yang pekat, pedas dan sangat lazat. Jom cuba!

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang merah + bawang putih + cili kering (kisar)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Lobak merah
  • Buah tomato
  • Bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Cili padi hijau
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Daging
  • Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah sehingga empuk. Bila dah siap rebus, potong daging secara nipis. Ketepikan daging seketika.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar.

3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.

4. Masukkan pula lobak merah dan gaul seketika.

5. Selepas itu, masukkan daging yang sudah direbus dan dihiris nipis tadi.

6. Campakkan juga bawang holland, cili padi dan buah tomato.

7. Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.

8. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber : Shamsila Abd Rahim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Telur Dadar Lebih Gebu dan Sedap, Guna Satu Bahan Mudah Ini Sahaja

Published

on

Rahsia Telur Dadar Lebih Gebu dan Sedap, Guna Satu Bahan Mudah Ini Sahaja

Telur sememangnya antara menu wajib yang sering ada di atas meja makan rakyat Malaysia. Sama ada dimakan bersama sambal, kicap, lauk kampung atau sekadar nasi panas, kehadiran telur boleh menambahkan lagi selera ketika makan.

Antara hidangan telur yang paling popular sudah tentunya telur dadar. Walaupun nampak mudah untuk disediakan, sebenarnya ada beberapa teknik yang boleh membuatkan telur dadar menjadi lebih gebu, lembut dan menyelerakan.

Salah satu cara yang semakin popular ialah dengan menambah sedikit mayonis ke dalam bancuhan telur. Ramai tidak tahu bahan ini mampu menghasilkan tekstur telur yang lebih lembut serta tidak cepat kering ketika dimasak.

Kenapa Mayonis Buat Telur Dadar Lebih Gebu?

Mayonis mengandungi campuran telur dan minyak yang membantu mengekalkan kelembapan ketika proses memasak. Apabila dicampurkan bersama telur, hasilnya menjadi lebih ringan, tebal dan gebu selepas digoreng.

Selain itu, telur dadar juga akan terasa lebih berlemak dan lembut walaupun hanya menggunakan bahan yang sangat ringkas.

Bahan-Bahan Diperlukan

  • 2 hingga 3 biji telur
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan mayonis bersama secubit garam.
  3. Pukul atau kacau sehingga campuran telur menjadi sedikit kembang.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api sederhana.
  5. Pastikan minyak dan kuali benar-benar panas sebelum telur dituangkan.
  6. Tuang bancuhan telur secara perlahan supaya teksturnya kekal cantik dan tidak mudah pecah.
  7. Masak sehingga bahagian bawah keemasan sebelum diterbalikkan.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips Tambahan Supaya Telur Lebih Sedap

Jika mahu rasa lebih beraroma, boleh tambahkan hirisan bawang merah, cili atau daun sup ke dalam bancuhan telur. Elakkan menggunakan api terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan telur cepat hangus di luar tetapi masih mentah di bahagian dalam.

Untuk hasil yang lebih tebal dan gebu, gunakan kuali kecil supaya telur tidak terlalu nipis ketika dimasak.

Penutup

Kadangkala petua memasak yang paling mudah sebenarnya mampu memberikan hasil yang luar biasa. Dengan hanya menambah sedikit mayonis, telur dadar biasa boleh bertukar menjadi lebih lembut, gebu dan menyelerakan.

Bagi penggemar telur, tips mudah ini memang berbaloi untuk dicuba di rumah. Sesuai dijadikan menu sarapan, makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Continue Reading
Advertisement

Trending