Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Nasi Daging Air Asam, Sedap Sampai Makcik Nak Buat Menantu!

Published

on

Resepi Nasi Daging Air Asam, Sedap Sampai Makcik Nak Buat Menantu!

Lebihan daging korban yang dapat kalau asyik dibuat sup atau rendang, mesti bosan. Mari cuba buat nasi daging air asam kerisik pula.

Kalau buat resipi ini, mesti orang tua puji. Silap haribulan yang mana masih single itu, terus makcik-makcik nak buat menantu. Gitu!

Resipi ini mudah dan senang tapi sedap itu, tak terkata. Jom baca!

RESIPI NASI DAGING AIR ASAM KERISIK

Bahan-Bahan:

Daging:

  • Daging (rebus hingga empuk, simpan air rebusan untuk masak nasi dan sup)

Nasi:

  • Beras
  • Minyak sapi (boleh juga guna butter atau minyak masak)
  • Bawang merah*
  • Halia*
  • Bawang putih*
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga*
  • Rempah kurma
  • Daun pandan
  • Susu cair (boleh juga guna air rebusan daging sahaja)
  • Kiub daging
  • Garam
  • Air rebusan daging

Cara-Cara (Nasi):

1. Tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga agak kuning.

2. Masukkan rempah kurma dan beras. Kacau sebati.

3. Pindahkan ke dalam periuk nasi.

4. Masukkan air rebusan daging, susu cair, dan daging yang telah direbus tadi.

5. Tambah kiub daging dan sedikit garam.

6. Masak seperti biasa dalam periuk nasi.

Air Asam Kerisik:

Bahan-Bahan:

  • Cili besar*
  • Cili padi*
  • Belacan*
  • Garam*
  • Air asam jawa
  • Kerisik
  • Limau nipis
  • Tomato
  • Bawang besar

Cara-Cara (Air Asam Kerisik):

1. Tumbuk bahan bertanda (*).

2. Masukkan kerisik, air asam jawa, dan air limau nipis.

3. Tambah tomato dan bawang besar. Kacau sebati.

Sup:

  • Gunakan air rebusan daging.
  • Tambah bawang, halia, garam, daun sup, dan daun bawang.

Selamat mencuba!

Sumber: Miera Abd Manaf

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Daun Pokok Sayur Berlubang Dimakan Serangga? Ini Cara Mudah Atasinya

Published

on

Daun Pokok Sayur Berlubang Dimakan Serangga? Ini Cara Mudah Atasinya

Menanam sayur di rumah memang memberi kepuasan tersendiri, lebih-lebih lagi apabila pokok tumbuh subur dan menghijau. Namun, antara masalah paling biasa dihadapi oleh pekebun rumah ialah daun sayur tiba-tiba berlubang akibat serangan ulat dan serangga perosak.

Ada masanya daun yang cantik semalam berubah menjadi rosak hanya dalam satu malam. Situasi ini memang boleh membuatkan ramai rasa kecewa, terutama apabila tanaman baru mula membesar.

Sebelum terus menggunakan racun serangga, sebenarnya ada beberapa langkah mudah dan lebih selamat yang boleh dilakukan untuk mengawal masalah ini.

1. Fahami Punca Serangga Datang

Serangga biasanya hadir kerana terdapat sumber makanan di kawasan tersebut, termasuk daun dan pucuk sayur yang lembut.

Dalam dunia berkebun, kehadiran serangga dalam jumlah tertentu sebenarnya normal kerana ia sebahagian daripada ekosistem semula jadi.

Ada waktu serangga datang banyak dan ada masa ia berkurangan bergantung kepada keadaan cuaca serta persekitaran kebun.

2. Pastikan Pokok Sentiasa Sihat

Pokok yang sihat mempunyai daya tahan yang lebih kuat terhadap serangan penyakit dan serangga.

Untuk memastikan pokok kekal subur, beberapa perkara asas perlu diberi perhatian seperti:

  • Pencahayaan matahari yang mencukupi
  • Penyiraman yang konsisten dan tidak berlebihan
  • Penggunaan baja yang seimbang
  • Tanah yang mempunyai saliran baik

Pokok yang cukup nutrien biasanya lebih tahan dan tidak mudah rosak.

3. Elakkan Pokok Mengalami Tekanan Persekitaran

Keadaan persekitaran yang tidak sesuai boleh menyebabkan pokok menjadi lemah dan mudah diserang serangga.

Jika pokok memerlukan cahaya matahari penuh, elakkan meletakkannya di kawasan terlalu redup. Begitu juga jika tanah terlalu lembap, cuba ubah lokasi tanaman ke kawasan yang lebih kering dan mempunyai pengudaraan baik.

4. Gunakan Kaedah Fizikal Untuk Buang Serangga

Bagi serangan ringan seperti aphids atau mealybugs, anda boleh membuangnya secara manual menggunakan tangan.

Daun yang terlalu rosak atau dijangkiti juga boleh dipotong dan dibuang jauh dari kawasan tanaman supaya serangga tidak merebak ke pokok lain.

5. Spray Air Sabun Untuk Kawalan Mudah

Jika terdapat serangga yang lebih besar seperti kumbang atau serangga perosak lain, boleh gunakan semburan air sabun.

Bahan Bancuhan

  • 1 sudu kecil pencuci pinggan
  • 1 liter air

Cara Penggunaan

Campurkan bahan ke dalam botol spray dan semburkan terus pada serangga.

Pastikan semburan terkena tepat pada serangga kerana kaedah ini bertindak secara sentuhan langsung.

6. Gunakan Racun Organik Jika Perosak Tersembunyi

Jika tidak nampak serangga tetapi daun tetap berlubang, kemungkinan terdapat ulat atau perosak tersembunyi.

Dalam keadaan ini, anda boleh menggunakan racun serangga organik yang lebih selamat untuk manusia dan haiwan.

Antara Pilihan Racun Organik:

  • Cuka kayu
  • Minyak neem
  • Pati chrysanthemum

Racun organik bertindak lebih perlahan tetapi membantu menghalau serangga daripada terus merosakkan tanaman.

Penutup

Dalam berkebun, penjagaan asas pokok sebenarnya memainkan peranan paling penting untuk mengelakkan serangan serangga.

Pokok yang sihat, cukup baja dan dijaga dengan baik biasanya lebih tahan terhadap ancaman perosak. Penggunaan semburan atau racun pula hanyalah sebagai langkah tambahan apabila diperlukan.

Semoga tips ini membantu anda menjaga tanaman sayur di rumah supaya kekal subur dan bebas daripada serangan serangga.

Continue Reading
Advertisement

Trending