Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Published

on

Cara Buat Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Setiap kali bertandang ke majlis kenduri, antara menu yang menjadi kegemaran ramai selain ayam masak merah adalah daging masak hitam.

Walaupun daging masak hitam kenduri ini nampak macam mudah namun, cara penyediaannya boleh dikatakan agak rumit juga kerana memerlukan teknik yang betul.

Jadi, buat anda yang sudah lama tidak pergi ke kenduri tapi teringin nak makan daging masak hitam ini, boleh buat sahaja di rumah menggunakan resepi yang dikongsikan di laman Facebook ini.

RESIPI DAGING MASAK HITAM KENDURI, SEDAP TAK TERKATA!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Paru Goreng Sambal Garing, Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin

BAHAN-BAHAN :

  • Daging 2 kilo
  • Kicap manis & kicap pekat
  • Cili kering 20 tangkai (blend)
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Halia 5-6 hiris
  • Serai 2 batang
  • Buah keras 5 biji
  • Kismis 1 genggam (patutnya guna kismis hitam,kalau tak ada guna ja yang kuning)
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Lada hitam 1 sudu kecil

CARA MEMASAK :

  1. Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat dan cili kering blend (perap 2-3 jam).
  2. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan satu bekas lagi blend serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam.
  3. Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang blend.
  4. Bawang dah garing masukkan rempah blend pulak.
  5. Pecah minyak macam ni masukkan daging… api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air.
  6. Masak sampai kering (3 jam juga) rujuk gambar last. Siap!

*Sedap bukan? Bila dah pandai buat, hari-hari boleh rasa lauk macam makan di kenduri!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Petua dan Langkah Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini

Sumber: Zulkifli Mat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Published

on

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.

Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.

Daun Kering Pun Ada Gunanya

Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.

Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

  • 22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

  • 15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.

Sumber: Aisyah Othaman

Trending