Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Masak Merah Style Orang Dulu-Dulu. Lauk Ni Selalu Buat Untuk Kenduri!

Published

on

Cara Buat Ayam Masak Merah Style Orang Dulu-Dulu. Lauk Ni Selalu Buat Untuk Kenduri!

Ayam masak merah style orang dulu-dulu ni nampak menarik. Warnanya smooth je. Tak terlalu merah dengan cili. Rasa dia pun takde la pedas sangat. Anak-anak pun boleh makan tau ayam masak merah style orang dulu-dulu ni.

Lauk ayam masak merah ni jugak dah sinonim dengan hidangan masa kenduri. Ada banyak versi atau cara memasak yang mudah korang boleh gunakan.

Resepi ayam masak merah style ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad. Mak-mak sekarang yang bekerja mesti suka resepi simple tapi sedap ni kan. Jom try versi dulu.

RESEPI AYAM MASAK MERAH STYLE ORANG DULU-DULU

ARTIKEL LAIN : Resepi Asam Pedas Johor. Wajib Letak Daun Ni, Kalau Tak Tak Menjadi!

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (lumur bersama kunyit dan garam, goreng separuh masak)
  • 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
  • 2-3sdb sos cili cap arnab
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1-2 cawan air
  • Serai diketuk
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • 4biji bawang merah besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2biji tomato

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH STYLE ORANG DULU-DULU :

1. Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan ketepikan.

2. Kisar bawang 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Ketepikan.

3. Panaskan minyak tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia dan serai sehingga naik bau.

4. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.

6. Masukkan santan dan tambah air. Masak sehingga mendidih.

7. Masukkan tomato yang telah dipotong, masukkan garam dan gula secukup rasa.

8. Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api.

Siap!

Dah siap pun ayam masak merah style dulu-dulu kita ni. Cantik je warna dia kan. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Korang yang dah rindu makan lauk kenduri, boleh try masak merah ni kat rumah nanti.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Rebus Chilli Oil Ni Memang Sedap, Kecur Air Liur Dibuatnya

Sumber : Tengku RosElyza Raja Muhammad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending