Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Asam Pedas Ayam Yang Lazat, Kuah Kena Pekat Macam Ni Baru Sedap!

Published

on

Cara Buat Asam Pedas Ayam Yang Lazat, Kuah Kena Pekat Macam Ni Baru Sedap!

Resipi asam pedas ayam sama je dengan asam pedas ikan atau daging yang biasa kita masak tu. Cuma kali ini kita ganti guna ayam.

Selalu kita masak asam pedas ikan je kan? Kali ini jom cuba masak asam pedas ayam pula. Bila ayam masak, rasa memang padu sebab kuah asam pedas akan menyerap masuk ke dalam ayam tu.

Cara memasaknya juga sangat mudah dan tidak renyah. Anda boleh ikut resipi cara buat asam pedas ayam yang dikongsi oleh Wan Rosni ini.

Klik SINI beli pes asam pedas ayam

CARA BUAT ASAM PEDAS AYAM

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Masak Merah Simple, Tak Letak Santan Atau Susu Cair Tapi SEDAP!

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili kering yang besar – direbus dahulu
  • Sedikit belacan
  • Sedikit lada hitam
  • Air secukupnya

Bahan untuk menumis:

  • Minyak
  • Sedikit halba
  • Bahan kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Ayam 1 ekor potong 16
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Pasti Sedap
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 batang bunga kantan
  • 5 helai daun limau purut – dibuang tulangnya
  • 1 ikat daun kesum – dibuang batang
  • 1 biji buah tomato – potong 6

Cara memasak:

1. Panaskan periuk, tuangkan sedikit minyak.

2. Bila minyak dah panas, masukkan sedikit halba serta bahan-bahan yang telah dikisar.

3. Masak sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, tambah sedikit air. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.

4. Seterusnya masukkan ayam satu persatu.

5. Kacau-kacau sedikit dan tutup periuk. Biarkan seketika.

6. Bila ayam dah separuh masak, masukkan gula, garam dan serbuk pasti sedap. Kacau rata.

7. Masukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut.

8. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato.

9. Apabila kuah sudah mendidih, sesuaikan rasa dan kacau sebati.

Siap!

Selamat mencuba! Boleh kongsi cara buat asam pedas ayam kepada yang lain.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kari kambing Indian Style, Ikut Step By Step Ini. Kari Pekat Sedap & Tiada Bau Hamis Langsung

Kredit: Wan Rosni

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!

Published

on

Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!

Resipi kuih bahulu ini sedikit berbeza dari resipi lain kerana ada menggunakan air. Kebanyakan orang tidak meletakkan air kerana risau kuih menjadi bantat.

Berbeza dengan resipi ini yang ada meletakkan air kerana bertujuan untuk mengembangkan dan ringankan telur semasa proses memukul telur.

Namun, ada pantang larang yang perlu diikut semasa proses penyediaannya. Anda perlu sediakan semua bahan sebelum mula membuatnya kerana semua bahan tersebut perlu dipukul secara berterusan tanpa henti.

Untuk mengetahui caranya yang lengkap, mari ikuti perkongsian penuh oleh Sharifah Aminah Al-Idrus di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI KUIH BAHULU

Bahan-bahan:

  • 1 mug bersaiz tinggi
  • 10 biji telur ayam gred A
  • 2 gelas mug gula halus
  • 2 1/3 gelas mug tepung gandum
  • 1/2 gelas mug air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Esen vanilla

Cara-cara:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan. Perkara ini penting kerana semasa memukul telur, tak boleh berhenti dan tinggalkan adunan tersebut.

2. Pecahkan kesemua telur ke dalam satu gelas mug tinggi. Jika telur penuh satu mug, guna sukatan itu untuk menyukat bahan lain.

3. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan air sedikit demi sedikit. Selang-selikan dua bahan ini sambil terus pukul. Pukul sehingga gula serta air habis dan larut sepenuhnya.

4. Kemudian, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sehingga ia habis. Pukul lagi sehingga kembang.

5. Selepas itu, letak sedikit esen vanilla dan sedikit pewarna kuning. Siap adunan untuk membuat bahulu.

6. Panaskan oven api atas dan bawah dengan suhu 200°C.

7. Kemudian sapukan minyak masak pada acuan bahulu. Tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut dan sedia untuk dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber : Sharifah Aminah Al-Idrus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending