Connect with us

Tips Dan Petua

DIY Atasi Masalah Singki Tersumbat. Buat Dulu 5 Cara Ini Sebelum Panggil Plumber

Published

on

DIY Atasi Masalah Singki Tersumbat. Buat Dulu 5 Cara Ini Sebelum Panggil Plumber

“Aduh, singki tersumbat pula pagi-pagi buta ni… Dah siap-siap barang nak masak, takkan nak panggil tukang paip pulak. Apa nak buat ni?”

Masalah singki tersumbat memang buat kaum ibu terutamanya stres. Nak masak pun takde mood dibuatnya bila air bertakung saja dalam singki.

Jangan risau sangat kalau masalah singki tersumbat kerana ia adalah perkara biasa. Mungkin ada cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersangkut di dalamnya. Sebelum mendapatkan penyelesaian pakar, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara asas yang mudah.

Klik SINI beli ubat masalah singki tersumbat

Buat Dulu 5 Cara Ini Sebelum Panggil Plumber

ARTIKEL LAIN : Tip Bersihkan Karpet Guna Garam, Hasilnya Macam Karpet Baru! Bau Pun Segar

Sebelum panggil plumber untuk selesaikan masalah singki tersumbat ini, sebaiknya cuba dulu di bawah. Kalau menjadi jimat duit caj plumber yang dah tentu ratusan ringgit juga.

1) Gunakan campuran serbuk penaik dan cuka

Untuk baiki masalah singki tersumbat, boleh guna serbuk penaik dan cuka. Campurkan anggaran satu per tiga cawan serbuk penaik dan satu per tiga cawan cuka ke dalam sebuah bekas.

Sebaik saja campuran itu berbuih, tuangkan ia ke dalam saluran singki yang tersumbat. Biarkan sebentar dalam 10 minit untuk tindak balas berlaku, kemudian curah air panas ke dalam masalah singki tersumbat untuk bilas campuran itu.

2) Gunakan campuran garam kasar dan air panas

Cara ini paling mudah untuk dilakukan kerana ia hanya memerlukan garam yang sudah tersedia di rumah. Semua rumah pastinya mempunyai garam bukan?

Jika mahukan hasil yang lebih mantap, disyorkan guna garam kasar. Tabur sahaja garam kasar ke dalam singki tersumbat tersebut. Selepas tu curahkan dengan air panas.

Melalui cara ini, sisa makanan dan kotoran akan terlarut dan sinki anda akan berfungsi seperti biasa dengan sekelip mata.

3) Gunakan campuran garam dan serbuk penaik

Selain serbuk penaik dan cuka, satu lagi cara pula adalah kombinasi garam dan serbuk penaik.

Kombinasi kedua-dua bahan ini juga mampu untuk melancarkan singki yang tersumbat. Hanya perlu mencampurkan satu per empat cawan serbuk penaik dan juga satu per empat cawan garam.

Kemudian, tuangkan campuran kedua-dua bahan ini ke dalam lubang singki yang tersumbat. Dalam masa yang sama jika anda mahu hilangkan bau busuk akibat singki yang tersumbat, tambahkan sahaja satu per dua cawan cuka atau air limau.

4) Sabun pencuci pinggan mangkuk

Semua jenama sabun pencuci pinggan boleh digunakan untuk teknik ini, ia hanya memerlukan beberapa sudu sabun pencuci ini berserta dengan air panas sebanyak dua liter.

Kebiasaannya, saluran air singki dapur ini mudah melekat dengan minyak dan juga gris sisa makanan. Jadi, dengan adanya sabun pencuci pinggan ini ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan sisa minyak itu.

5. BUKA PERANGKAP

Salah satu tempat yang perlu diperiksa apabila sinki tersumbat adalah perangkap. Boleh tengok di bawah sinki, ada perangkap berbentuk S, P atau perangkap botol yang lebih mudah ditanggalkan. Sediakan sebuah baldi di bawah sinki terlebih dahulu sebelum anda membukanya.

Buka perangkap ini dan gunakan dawai besi untuk menolak keluar sebarang sisa yang tersangkut. Cuci perangkap ini menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian, bilas dengan air seperti biasa.

ARTIKEL LAIN : Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian & Fabrik Dengan Berkesan

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Pokok Buah Lebat Daun Tapi Tak Berbuah? Cuba Teknik Pruning Ini

Published

on

Ramai pemilik dusun atau halaman rumah menghadapi situasi yang sama: pokok buah nampak subur dengan daun yang lebat, tetapi langsung tidak mengeluarkan hasil walaupun sudah matang. Keadaan ini memang boleh mengecewakan, namun sebenarnya ada teknik mudah yang boleh membantu merangsang pengeluaran buah iaitu pemangkasan atau pruning.

Teknik ini bukan sekadar membuang dahan, tetapi satu kaedah mengawal pertumbuhan pokok supaya tenaga pokok lebih tertumpu kepada penghasilan bunga dan buah.

Kenapa Pokok Lebat Daun Tapi Tak Berbuah?

Apabila pokok terlalu rimbun, cahaya matahari sukar menembusi bahagian dalam pokok. Keadaan ini menyebabkan pokok lebih fokus kepada pertumbuhan daun dan tunas baru berbanding pengeluaran bunga.

Selain itu, ketidakseimbangan nutrien dan dahan yang terlalu padat juga boleh menghalang proses pembuahan secara optimum.

Cara Pruning Pokok Buah Supaya Cepat Berbuah

1. Buang Tunas Air dan Dahan Tidak Produktif

Langkah utama ialah membuang tunas air yang tumbuh lurus ke atas serta dahan yang terlalu rimbun di bahagian tengah pokok. Fokuskan hanya pada dahan utama yang sihat.

Daun di bahagian hujung dahan boleh dikekalkan untuk memastikan pokok masih mampu melakukan proses fotosintesis dengan baik.

2. Buka Ruang Cahaya Dalam Pokok

Dengan pemangkasan yang betul, cahaya matahari dapat menembusi bahagian dalam pokok. Ini sangat penting untuk merangsang pembentukan bunga dan seterusnya buah.

3. Gunakan Baja Pembungaan dan Buah

Selepas proses pruning, penggunaan baja yang sesuai sangat membantu. Baja yang tinggi kandungan kalium (K) seperti Novatec 15-3-20 boleh digunakan untuk merangsang pembentukan bunga dan buah.

Kombinasi pemangkasan dan pembajaan yang betul akan memberi kesan yang lebih cepat terhadap pengeluaran hasil.

Tujuan Sebenar Pemangkasan Pokok

Pemangkasan bukan sekadar untuk mencantikkan bentuk pokok, tetapi lebih kepada mengimbangi pertumbuhan supaya pokok lebih produktif.

  • Membuang tunas air yang tidak diperlukan
  • Mengelakkan dahan terlalu padat dan bersilang
  • Meningkatkan aliran udara dalam pokok
  • Memaksimumkan cahaya matahari ke seluruh bahagian pokok
  • Merangsang pembungaan dan pembuahan

Jenis Sistem Pemangkasan Pokok Buah

1. Sistem Terbuka Tengah

Dalam sistem ini, bahagian tengah pokok dibuka dengan membuang dahan utama yang terlalu tinggi. Biasanya 3 hingga 4 dahan utama dikekalkan untuk menghasilkan buah.

Kaedah ini sesuai untuk pokok seperti rambutan, longan, pulasan, jambu dan nangka.

2. Sistem Batang Utama

Sistem ini mengekalkan satu batang utama yang tumbuh menegak, manakala dahan sisi dibiarkan tumbuh mendatar.

Ia sesuai untuk pokok seperti durian, manggis, dokong dan cempedak.

Pengalaman Petani

Menurut perkongsian Asri Atan, terdapat kes pokok manggis yang tidak berbuah selama dua tahun akhirnya mula berbunga dengan lebat selepas teknik pruning dilakukan bersama pembajaan yang betul.

Ini menunjukkan bahawa teknik ini bukan sekadar teori, tetapi mempunyai kesan nyata jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.

Kesimpulan

Jika pokok buah di rumah atau dusun anda hanya lebat daun tetapi tidak menghasilkan buah, mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan pemangkasan secara strategik.

Gabungan teknik pruning dan pembajaan yang sesuai boleh membantu merangsang pokok untuk kembali produktif dan menghasilkan buah dalam tempoh yang lebih cepat.

Selamat mencuba dan semoga pokok anda kembali berbuah lebat seperti yang diharapkan.

Continue Reading
Advertisement

Trending