Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerja Ikat Bata Dan Plaster Ini Rujukan Sukatan Bancuh Simen

Published

on

Buat Sendiri Kerja Ikat Bata Dan Plaster Ini Rujukan Sukatan Bancuh Simen

Supaya kerja-kerja DIY hasilnyanya kukuh dan memuaskan perkara asas seperti bancuhan simen sangat perlu diketahui. Perkongsian dari Lang Buana ini boleh dijadikan rujukan. Beliau berkongsi panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit.

Ada sedikit kemahiran dan minat jadi bagi menjimatkan kos, ramai yang suka DIY untuk projek projek kecil di rumah. Antaranya nak simenkan lantai, naikkan tembok atau tambah sedikit ruang belakang rumah.

ARTIKEL LAIN : Punca Air Paip Perlahan Ada Angin Dalam Paip, Ini Cara Untuk Lajukan Semula

Panduan sukatan bancuh simen, untuk ikat bata, plaster, render & konkrit

1. Guna mixer – Masuk air dulu di ikuti dengan simen kemudian Pasir kasar dan Batu 3/4 jika buat konkrit.

2. Jika pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan. Masukkan air sikit-sikit dulu.

3. RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat. Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata. TAPI aku hentam je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.

4. Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasir kasar. Pasir halus hanya untuk kemasan plaster sahaja dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasir kasar. Begitu juga dengan ketahannya untuk long term.

5. Elak bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda utk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.

Jika guna batu 3/4 masukkan sekali setelah campuran simen + pasir + air sudah digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.

Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun aturnya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.

Tukang tak suka bancuh macam ni sebab nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat mengeras semakin bagus konkrit tersebut. Tukang tak suka bancuh macam ni sebab nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat mengeras semakin bagus konkrit tersebut.

6. Lebih air, mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.

Panduan Sukatan Bancuh Simen, INFO TAMBAHAN

Nisbah bancuhan konkrit

Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :

  • 1 = Simen
  • 2 = Pasir
  • 4 = Batu

Panduan Sukatan Bancuh Simen – Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai. Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.

Panduan Sukatan Bancuh Simen – Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.

Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu

Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.

Panduan Sukatan Bancuh Simen – Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :

  • a) G15 (1:3:6)
  • b) G20 (1:2:4)
  • c) G25 (1:1.5:3)
  • d) G30 (1:1:2)

Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air.

Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.

ARTIKEL LAIN : Kaedah Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Rumah Lebih Senang

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

Sumber: Lang Buana / Hassan Hardware, Jamal the solo builders

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending