Connect with us

Tips Dan Petua

Boleh Cuba Teknik Masak Dan Simpan Lauk Frozen Ini Kalau Tiada Masa Boleh Tahan Sampai 3 Bulan

Published

on

Boleh Cuba Teknik Masak Dan Simpan Lauk Frozen Ini Kalau Tiada Masa Boleh Tahan Sampai 3 Bulan

Ada suri yang bekerja dari jam 8am sampai 6pm. Di rumah ada anak-anak, suami malah mak ayah yang berusia perlu dimasakkan setiap hari. Terkejar-kejar masa nak sediakan juadah makan malam.

Belum campur emosi penat dan masa yang terhad nak beli bahan basah. Ini perkongsian daripada Cik Puan S Kamalinda Lynn, cara nak menjimatkan masa memasak. Dengan cara menyiapkan terlebih dahulu lauk-pauk dan difrozenkan.

Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!

Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengah hari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nah, kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.

Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pula senaraikan lauk untuk saya siapkan (I ok jer)

Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni.. haih!

Kelebihannya

Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari-hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.

Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.

Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.

  • ayam black pepper
  • kari tongkol
  • lemak cili api ayam
  • lemak cili api telur
  • pindang selar
  • asam pedas jenahak
  • paprik ayam
  • sambal sotong
  • sambal telur rebus
  • masak kicap ayam
  • tomyam seafood sayur
  • taucu lemak jenahak

Panduan Penyediaan & Memanaskan Lauk-pauk Frozen

Saya hanya sediakan seperti masak biasa sahaja. Tetapi saya cuma masak serentak sekali pelbagai jenis

1. Rancang menu untuk dimasak

2. Beli bahan masakan mengikut kesesuaian menu

3. Oleh kerana masakan Melayu menggunakan bahan asas yang lebih kurang sama maka, lebih memudahkan proses masakan tersebut. Contoh bahan asas tumis ialah bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup. Maka, penyediaan ini boleh dilakukan serentak.

4. Masak juadah seperti biasa namun penggunaan sayur adalah terbatas. Saya hanya guna sayur lobak merah dan bunga kobis sahaja itupun masukkan di waktu hampir siap supaya nanti bila proses reheat tak lembik sangat. Lauk pauk boleh masak macam biasa, kecuali sayur half cooked.

5. Simpan dalam bekas yang sesuai, lebih baik letakkan label supaya tahu jenis masakan apa untuk setiap bekas. Dah beku nanti memang tak boleh cam. Letak tarikh  juga.

6. Cara panaskan saya memang suruh ibu panaskan atas api atau kukus sahaja. Keluarkan dari bekas plastik dan panaskan dalam kuali atau bekas pengukus.

7. 1 bekas, 1 lauk memang makan untuk sekali makan sahaja. Jadi portionnya memang kecil. Untuk lauk tengah hari, 2 orang makan sahaja.

Nota

Simpan Di peti beku (freezer). Maksimum boleh tahan sampai 3 bulan, Tapi biasanya saya 1-2 minggu dah habis.

Sumber/Foto:  S Kamalinda Lynn

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending