Anjing Setia Menunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula
Selama 4 Tahun, Anjing Ini Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula Suatu Hari kemudiannya. Seekor anjing yang hilang di Thailand akhirnya ditemukan semula dengan pemiliknya selepas menunggu lebih empat tahun di tepi jalan raya.
Kisahnya, seorang netizen Thai berkongsi kisah anjing yang telah setia menunggu tuannya di tempat yang sama (tepi jalan) selama empat tahun, lapor China Press. Menurut netizen itu, anjing yang dinamakan Leo itu pertama kali dilihat oleh seorang pejalan kaki wanita.
Ia dilaporkan sesat, tanpa makanan atau air selama beberapa hari. Malah, ia juga mula kehilangan bulu dan menderita akibat penyakit kulit.
Pejalan kaki itu kemudiannya mula memberikan anjing itu makanan dan cuba membawanya pulang untuk menjaganya. Bagaimanapun, ia kembali ke lokasi yang sama dia ditemui dan tidak mahu tinggal di rumah pejalan kaki berkenaan.
Menyedari haiwan itu tidak mahu mengikutinya pulang, dia mengambil keputusan untuk tetap memberikan makanan kepadanya selama empat tahun.
Selepas kisah itu menjadi tular di Thailand, seorang netizen tampil dengan satu komen yang mula bertanyakan mengenai haiwan itu. Jelasnya, anjing berkenaan seakan-akan anjing sepupunya, BonBon, yang telah hilang selama empat tahun.
Dia kemudiannya pergi ke jalan tersebut untuk mengesahkan sama ada ia adalah anjing yang sama. Ternyata, ia sememangnya anjing milik sepupunya yang hilang selama empat tahun. Leo, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bertemu kembali dengan tuan lamanya.
Tuannya turut menjelaskan bahawa anjing tersebut hilang ketika dia berhenti di persimpangan dan dia menganggap bahawa anjingnya itu telah bertemu dengan pemilik yang baharu.
Bagaimanapun, Leo kini tidak pulang ke rumah tuannya. Dia mengambil keputusan untuk terus bersama dengan pejalan kaki yang memberinya makan selama empat tahun ketika ia sesat.
Meskipun Leo gembira bertemu dengan tuan lamanya, dia keberatan untuk meninggalkan tempat tersebut. Maka, tuan lamanya dan penjalan kaki wanita yang menjaganya selama ini berbincang dan mengambil keputusan untuk biarkan BonBon (Leo) terus tinggal di tempat tersebut. Manakala tuan lamanya boleh pergi melawatnya pada bila-bila masa.
Sumber: Astro Awani
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”
Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.
Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.
Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.
Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.
Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.
Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.
Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.
Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.
Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.