Connect with us

Tips Dan Petua

Ubah dan hias bilik tidak sampai sebulan, hasil tangan pemuda ini memang cukup mengagumkan!

Published

on

Ubah dan hias bilik tidak sampai sebulan, hasil tangan pemuda ini memang cukup mengagumkan!

Masih ingat dengan zaman ketika Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dua tahun lalu? Ketika itu tiada yang dibenarkan untuk keluar rumah kecuali atas urusan tertentu sahaja. Kerja pun semua dilakukan dari rumah. Mahu bersenam dan keluar berjalan di taman pun tidak dibenarkan sehingga ada yang membuat lawak dengan mengatakan mereka rindu untuk memakai kasut.

Ketika itu ramailah yang cuba melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Ada yang mencuba resipi baru di media sosial, ada yang cuba melakukan hobi baru yang seperti bercucuk tanam dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakukan dekorasi rumah.

Misalnya pemuda bernama Fiq Said ini yang telah melakukan perubahan 360 darjah pada bilik tidurnya yang mana hasilnya cukup mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Menurut kapsyennya pada status yang dimuat naik di Twitter, dia memaklumkan yang dia hanya mengambil masa 28 hari ketika PKP untuk mengubah suasana biliknya.

Jika dilihat pada video yang telah dimuat naik jelas sekali akan perubahan yang berlaku. Bukan calang-calang perubahan yang dilakukan… nampaknya dia memang punya bakat semula jadi!

Ruang biliknya bukan sahaja nampak lebih kemas, tetapi kelihatan lebih luas walaupun perabot yang diletakkan lebih banyak. Mungkin kerana warna putih yang dipilihnya berjaya menjadikan ruang lebih luas dan teratur. Tidak hanya itu, jika diperhatikan dia menggunakan jenis katil dua tingkat, jadi ruang bawah boleh digunakan untuk dijadikan ruangan kerja.

VIDEO KLIK DISINI

Tidak hanya itu, ada beberapa ruangan lain yang turut mengalami perubahan. Jom tonton sendiri video yang telah dimuat naik, mana tahu anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk dekorasi bilik anda nanti?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending