Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Published

on

Cara Buat Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Resipi hari ini menggabungkan kesegaran jelly teh bunga dengan manisnya laici dan keharuman daun pudina, menghasilkan satu air yang sangat refreshing!

Sesuai untuk dihidangkan terutama sekali ketika cuaca panas sekarang, confirm minum tak toleh kiri kanan. Kalau anda merancang untuk ke picnic hujung minggu ini, air ini juga sangat sesuai sebagai menu utama!

Berikut adalah cara penyediaan jelly teh bunga bersama laici dan daun pudina. Resipi asli oleh Cik Puan Marissa Brand.

RESIPI JELLY TEH BUNGA

Bahan-bahan:

  • 1 pek serbuk jelly
  • 1 tin laici
  • 2 kotak teh bunga kurang gula (1L setiap kotak)
  • Asam ko
  • Daun pudina
  • Limau kasturi
  • Gula melaka

Cara Penyediaan:

1. Panaskan 2 kotak teh bunga (2L) dalam periuk.

2. Apabila air teh bunga sudah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan. Kacau sehingga gula melaka larut sepenuhnya.

3. Masukkan 1 pek serbuk jelly ke dalam periuk dan kacau sehingga larut.

4. Masukkan beberapa helai daun pudina ke dalam campuran untuk menambah aroma. Kacau sebentar dan biarkan mendidih.

5. Setelah mendidih, tutup api dan keluarkan daun pudina. Tuang campuran jelly ke dalam bekas pilihan dan biarkan sejuk selama 2-3 jam sehingga mengeras.

6. Untuk menghidangkan, masukkan ais kiub ke dalam gelas.

7. Tuang jelly yang telah mengeras ke atas ais kiub.

8. Tambahkan perahan limau kasturi ke dalam gelas.

9. Hias dengan sedikit asam, buah laici, dan beberapa helai daun pudina.

10. Hidangan Jelly Teh Bunga dengan Laici dan Limau Kasturi kini siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber : Marissa Brand, Nanie Share Resepi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending