Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kupang Masak Pedas Berapi, Makan Sampai Berpeluh Dahi!

Published

on

Cara Buat Kupang Masak Pedas Berapi, Makan Sampai Berpeluh Dahi!

Tiada idea nak masak apa menggunakan kupang? Apa kata jom cuba resepi kupang masak pedas berapi ini. Makin pedas, makin padu!

Harga kupang ini tidak berapa mahal jika dibeli mentah, namun jika makan di kedai, harganya boleh tahan mahal juga.

Oleh itu, ayuh kita masak sendiri saja di rumah menggunakan resipi di bawah. Confirm lagi puas hati dan menjimatkan!

RESEPI KUPANG MASAK PEDAS BERAPI

ARTIKEL LAIN : Cara Rebus Kerang Yang Betul, Isi Tak Kecut, Lembut Dan Segar

Bahan-bahan:

  • 3 genggam isi kupang yang telah diasingkan dari cengkerang (sudah direbus dan dipotong bulu dalam kupang)
  • 2 biji bawang merah saiz pingpong
  • Halia 1/2 saiz ibu jari
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah besar
  • 10 batang cili hijau kecil
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Sedikit kicap
  • Garam
  • Perisa
  • Gula

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit sahaja minyak, masukkan cili merah besar yang dipotong kasar dan masukkan juga cili hijau. Biarkan sehingga layu, kemudia boleh angkat dan toskan.
  2. Tumbuk bahan goreng tadi bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Dengan guna sedikit minyak baru atau lebihan minyak tadi, tumis semua bahan yang telah ditumbuk.
  4. Tunggu sehingga bawang naik bau, masukkan sesudu makan cili kisar. Tumis sehinga pecah minyak.
  5. Jika sudah pecah minyak, masukkan kupang.
  6. Lebihan bawang merah sebahagian tadi dihiris dan dimasukkan dalam sambal.
  7. Kacau sebati, masukkan sedikit kicap dan perasakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula.
  8. Lebihan bawang merah separuh lagi dihiris dan dimasukkan dalam sambal.

Selamat mencuba!

Sumber : Leeyana Aziz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rawat Tanah Sebelum Menanam Guna Teknik Soil Solarization, Hanya Perlu Tutup Dengan Plastik

Published

on

Rawat Tanah Sebelum Menanam Guna Teknik Soil Solarization, Hanya Perlu Tutup Dengan Plastik

Ramai yang memberi tumpuan kepada pemilihan benih dan pembajaan apabila bercucuk tanam, tetapi terlupa bahawa keadaan tanah memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kesihatan dan pertumbuhan tanaman.

Sebelum memulakan penanaman, tanah sebaiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko serangan penyakit, perosak dan rumpai yang boleh menjejaskan hasil tanaman. Selain menggunakan baja organik atau bahan daripada sisa dapur, terdapat satu kaedah semula jadi yang semakin mendapat perhatian iaitu teknik soil solarization.

Kaedah ini tidak memerlukan penggunaan bahan kimia kerana hanya menggunakan haba matahari yang diperangkap di bawah plastik untuk merawat tanah secara semula jadi.

Apa Itu Soil Solarization?

Soil solarization ialah teknik rawatan tanah yang menggunakan tenaga haba daripada cahaya matahari untuk meningkatkan suhu tanah ke tahap yang boleh membunuh pelbagai organisma yang tidak diingini.

Apabila tanah ditutup rapat menggunakan plastik lutsinar, haba akan terperangkap dan menyebabkan suhu tanah meningkat dengan ketara. Keadaan ini membantu mengurangkan atau memusnahkan pelbagai jenis perosak dan patogen yang berada di dalam tanah.

Kelebihan Teknik Soil Solarization

Antara kelebihan utama kaedah ini ialah ia membantu mengurangkan masalah yang sering berlaku pada tanaman tanpa perlu bergantung kepada racun atau bahan kimia.

  • Membunuh benih rumpai yang tersembunyi dalam tanah.
  • Mengurangkan populasi serangga perosak dan telur serangga.
  • Menghapuskan larva yang boleh merosakkan akar tanaman.
  • Mengurangkan bakteria dan kulat penyebab penyakit.
  • Membantu mengawal nematod yang menyerang sistem akar.
  • Mengurangkan risiko penyakit bawaan tanah seperti reput akar dan layu pokok.

Kaedah ini sangat berguna terutama bagi tanah yang pernah digunakan berulang kali atau menunjukkan tanda-tanda masalah penyakit tanaman.

Bagaimana Soil Solarization Berfungsi?

Apabila cahaya matahari menembusi plastik yang menutupi permukaan tanah, tenaga haba akan terperangkap dan meningkatkan suhu tanah secara berterusan.

Suhu yang tinggi ini menyebabkan banyak mikroorganisma berbahaya, larva, telur serangga serta benih rumpai tidak dapat bertahan dan akhirnya mati.

Keberkesanan teknik ini biasanya paling tinggi pada kedalaman sekitar 15 hingga 30 sentimeter dari permukaan tanah. Pada lapisan yang lebih dalam, kesannya mungkin sedikit berkurangan kerana organisma boleh bergerak ke kawasan yang lebih sejuk.

Lebih Berkesan Untuk Tanah Dalam Pasu dan Polibeg

Teknik soil solarization didapati sangat berkesan untuk tanah di dalam pasu, polibeg atau bekas tanaman yang menggunakan tanah kitar semula.

Ini kerana medium tanaman tersebut tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan tanah asal di sekelilingnya, sekali gus membolehkan proses rawatan berlaku dengan lebih menyeluruh.

Bagi tanah dalam batas atau kebun terbuka, kaedah ini masih berkesan untuk mengurangkan populasi perosak dan patogen walaupun tidak dapat menghapuskannya sepenuhnya.

Cara Melakukan Soil Solarization

1. Bersihkan Kawasan Tanaman

Buang semua rumpai, akar lama, batang reput dan sisa tanaman yang masih terdapat di atas permukaan tanah.

Selepas itu, gemburkan tanah supaya haba dapat menembusi dengan lebih baik.

2. Lembapkan Tanah

Siram tanah sehingga mencapai tahap kelembapan yang sesuai.

Tanah yang lembap membantu mengalirkan haba dengan lebih berkesan berbanding tanah yang terlalu kering. Namun, elakkan keadaan terlalu basah kerana ia boleh menjejaskan proses rawatan.

3. Tutup Dengan Plastik Lutsinar

Tutup keseluruhan permukaan tanah menggunakan plastik lutsinar dan pastikan tiada ruang udara terbuka di bahagian tepi.

Gunakan tanah atau pemberat lain untuk menekan hujung plastik supaya haba tidak terlepas keluar.

Plastik lutsinar biasanya lebih berkesan berbanding plastik hitam kerana membenarkan lebih banyak cahaya matahari menembusi permukaan tanah.

4. Biarkan Selama 4 Hingga 6 Minggu

Biarkan plastik menutupi tanah sepanjang tempoh ini tanpa diganggu.

Semakin lama haba terperangkap, semakin tinggi keberkesanan proses solarisasi dalam mengurangkan perosak dan patogen.

5. Pulihkan Semula Organisma Baik

Selepas tempoh rawatan selesai, tanah boleh digunakan semula untuk penanaman.

Namun begitu, kerana proses solarisasi turut mengurangkan sebahagian mikroorganisma yang bermanfaat, sebaiknya tambahkan semula bahan organik seperti kompos matang, baja kompos atau larutan mikroorganisma berfaedah bagi membantu memulihkan kesuburan tanah.

Bila Sesuai Menggunakan Kaedah Ini?

Teknik soil solarization sesuai digunakan apabila tanah sering mengalami masalah penyakit berulang, serangan nematod, rumpai yang sukar dikawal atau apabila tanah kitar semula ingin digunakan semula untuk musim penanaman yang baharu.

Kaedah ini juga boleh menjadi alternatif kepada mereka yang mengutamakan penanaman secara organik dan ingin mengurangkan penggunaan bahan kimia di kebun atau halaman rumah.

Kesimpulan

Soil solarization merupakan satu teknik rawatan tanah yang mudah, murah dan mesra alam. Hanya dengan menggunakan plastik lutsinar dan tenaga haba matahari, tanah dapat dirawat daripada pelbagai masalah seperti rumpai, perosak serta penyakit bawaan tanah.

Sebelum memulakan penanaman baharu, luangkan sedikit masa untuk merawat tanah terlebih dahulu. Tanah yang sihat akan membantu menghasilkan tanaman yang lebih subur, tahan penyakit dan memberikan hasil yang lebih memuaskan.

Sumber: Harun Arun.

Continue Reading
Advertisement

Trending