Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Sizzling Pan Yee Mee Cara Masak Simple Tapi Terlajak Sedap!

Published

on

Resepi Sizzling Pan Yee Mee Cara Masak Simple Tapi Terlajak Sedap!

Yee Mee Sizzling memang menjadi kegemaran ramai. Jika singgah makan di food court mesti order!

SIZZLING PAN YEE MEE Buat dalam pan tak susah nak cari hot plate, buat sendiri puas hati letak semua bahan banyak². Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

RESEPI SIZZLING PAN YEE MEE

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Mi Goreng Stail Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

Bahan-bahan kuah:

  • Ayam bahagian isi
  • 3 keping halia -dihiris halus
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 6-8 kuntum cendawan shitake (rendam hingga lembut dan potong dua)
  • 5 biji cili kering
  • 1 sdb serbuk lada hitam
  • 1 sdb kicap pekat
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap manis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sdt minyak bijan
  • Air utk kuah
  • 3 sdb tepung jagung + air

Bahan-bahan Mee:

  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • Sayur pakchoy

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi.

2. Masukkan ayam dan lada hitam. Masak hingga ayam lembut dan masukkan cendawan shitake.

3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan kiub ayam.

4. Masukkan air utk kuah secukupnya.Sedikit gula. Biarkan hingga mendidih. Masukkan tepung jagung masak hingga pekat. Tutup api.

Dalam PAN:

1. Ambil kuali kecil/ pan dan letakkan yee mee, ceduk kuah beberapa senduk.

2 Gunakan api yg besar, letak sayur pakchoy dan pecahkan telur atas yee mee.

4. Bila yee mee, sayur dan telur dah masak, titiskan minyak bijan atas pan sizzling mee. Boleh terus hidang panas²

TIP

Seelok² buat seorg utk setiap pan/ hot plate. Kalau buat banyak sekali gus x sedap.

Selamat mencuba!

Sumber : Rozmaliza Omar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Published

on

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Pokok aloe vera atau lidah buaya semakin popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai pelbagai manfaat. Selain digunakan untuk penjagaan kulit seperti merawat luka dan masalah kulit ringan, tumbuhan ini juga boleh diolah menjadi jeli yang enak untuk dicampurkan dalam minuman.

Dengan tekstur kenyal seperti jeli dan rasa yang menyegarkan, aloe vera bukan sahaja menambah kelazatan minuman tetapi juga memberi manfaat kesihatan, termasuk membantu sistem penghadaman dan menyokong kesihatan kulit.

Jika anda mempunyai pokok aloe vera di rumah, ini masa terbaik untuk memanfaatkannya dengan cara yang lebih kreatif dan berkhasiat.

Cara Sediakan Jeli Aloe Vera

  1. Ambil kira-kira 5 pelepah aloe vera yang segar dan basuh sehingga bersih.
  2. Pastikan daun tidak mempunyai bintik atau kerosakan kerana ia tidak sesuai untuk dimakan.
  3. Potong bahagian tepi daun untuk membuang duri menggunakan pisau dengan berhati-hati.
  4. Rendam pelepah aloe vera dalam air garam selama beberapa minit untuk mengeluarkan getah kuning (lateks) yang tidak sesuai dimakan.
  5. Ambil isi aloe vera dan potong kecil berbentuk dadu.
  6. Rendam sekali lagi dalam air garam atau air kapur sirih bagi membantu menyingkirkan lendir dan baki getah.
  7. Basuh semula dengan air bersih sehingga benar-benar bersih.
  8. Rebus isi aloe vera dalam air mendidih selama beberapa minit sahaja, kemudian toskan.

Jeli Aloe Vera Sedia Digunakan

Selepas proses pembersihan dan perebusan, isi aloe vera kini sedia untuk digunakan sebagai campuran dalam pelbagai jenis minuman.

Teksturnya yang kenyal serta rasa yang neutral menjadikannya sesuai dicampur dalam minuman sejuk dan menyegarkan.

Idea Minuman Dengan Aloe Vera

  • Sirap limau ais + jeli aloe vera
  • Air laici sejuk + aloe vera
  • Minuman soda buah-buahan
  • Air detox campuran buah

Kelebihan Aloe Vera Dalam Minuman

Aloe vera bukan sahaja menyegarkan, malah dipercayai mengandungi nutrien yang membantu kesihatan kulit dan sistem penghadaman. Pengambilan secara sederhana boleh menjadi alternatif minuman sihat di rumah.

Penutup

Aloe vera yang ditanam di rumah sebenarnya mempunyai banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan, bukan hanya untuk kegunaan luaran tetapi juga sebagai bahan minuman yang menyegarkan.

Dengan cara penyediaan yang betul, anda boleh menikmati jeli aloe vera yang sedap, sihat dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Continue Reading
Advertisement

Trending