Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sos Hijau Vietnam Roll Pedas Lemak Berkrim, Sekali Makan Terus ‘Ketagih’!

Published

on

Cara Buat Sos Hijau Vietnam Roll Pedas Lemak Berkrim, Sekali Makan Terus ‘Ketagih’!

Salah satu menu dari negara Vietnam yang mendapat perhatian ramai adalah Vietnamese Roll yang sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Penuh dengan sayur-sayuran serta boleh dipadankan dengan ayam, daging atau seafood menu ini sangat enak dipadankan dengan sos hijau Vietnam roll yang ketagih!

Macam mana nak buat sos hijau ini seperti apa yang dimakan di Vietnam atau di kedai? Berikut merupakan resepi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira tentang cara yang betul untuk anda dapatkan sos hijau yang lemak berkrim dan pedas.

CARA BUAT SOS HIJAU VIETNAM ROLL KETAGIH

ARTIKEL LAIN : Terbukti Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resepi Ni. Begini Cara Masaknya

Hari ini nak share ‘Resipi Sos Hijau Popia Vietnam Ketagih’ lemak berkrim dan pedas-pedas manis, tak perlu masak.

Bahan-bahan:

  • 1 segenggam daun ketumbar bersama akarnya (cuci bersih)
  • 12 biji cili padi hjiau atau mengikut pedas disukai
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Gula kabung Thai secukup rasa (jika tiada boleh guna gula biasa)
  • 1/2 biji limau nipis,perah ambil airnya
  • 2 sudu besar sos ikan atau sckup rasa
  • 3 sudu besar penuh mayonis3 sudu makan susu pekat
  • 3 bekas kecil yogurt Fernleaf asli (tanpa perisa)

Cara-Cara:

1. Kisar semua bahan di atas hingga sebati.

2. Rasa sebelum hidang jika ada terkurang masam manis bolehlah tambah apa yang perlu. Sos ni mesti ada rasa pedas, berkrim, masam-masam manis.

3. Tutup kemas dan simpan dalam peti bahagian chiller tahan 1 minggu.

*Cicah dengan Vietnamese Roll memang sedap dan ketagih!

Selamat mencuba!

Sumber : Aisyah Humaira

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending