Connect with us

Tips Dan Petua

Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama. Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning

Published

on

Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama. Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning

Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.

Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut.

Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

Cara Buat Pulut Kuning Cantik Berkilat

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Pesamah Daging Untuk Makan Dengan Nasi Minyak, Lauk Kenduri Yang Lama Tak Jumpa

Bahan-Bahan:

  • 1kg beras pulut
  • 4-5 sudu makan cuka
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)
  • Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)

Cara Membuat:

  • Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)
  • Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.
  • Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.
  • Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.
  • Rendam semalaman.

Bahan-Bahan: (Untuk Mengukus)

  • 300 gram santan pekat.
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Gula (bergantung pada citarasa masing-masing)

Cara Membuat:

  • Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)
  • Sejukkan Seketika.
  • Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.
  • Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.

Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni. Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).

Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.

Info Ekstra!

Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.

Setelah rendam beras pulut lebih kurang 3 jam, kacau-kacau sikit beras tadi dan biarkan. Kalau rajin lebih kurang 2 jam selepas tu kacau-kacau lagi. Tujuannya nak bagi rata cuka dalam air. Pulut juga tak perlu bilas dengan air biasa semasa nak kukus.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Memang Berkesan Guna Cara Ini Kutu Beras Hilang Dengan Mudah

Sumber: Unaizah Azhar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending