Connect with us

Tips Dan Petua

Cacing Di Bilik Air Buat Kita Geli, Ini Cara Mudah Hilangkan Memang Berkesan

Published

on

Cacing Di Bilik Air Buat Kita Geli, Ini Cara Mudah Hilangkan Memang Berkesan

Kadang-kadang ada cacing dalam bilik air ni muncul dekat lantai, ada pulak yang muncul dalam lubang tandas (tandas duduk).
Ada juga yang pandai menyorok dekat celah-celah jubin (tiles) tu. Sekali kita mandi, habis keluar semua cacing tu. Aduhh… Memang geli dan stres dibuatnya!

Selalunya orang yang duduk rumah bawah (landed) akan mengalami masalah ni sebab permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya bila hari hujan.

Bila kita simbah air, kejap lagi dia ada lagi.

Jadi, apa yang patut kita buat sebenarnya?

Jom tengok petua hilangkan cacing di bilik air yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah SeIesaikan MasaIah Salur Air Tersumbat Dalam Bilik Mandi. Guna Satu AIat Ini Saja

Cara Hilangkan Cacing Di Bilik Air Dengan Berkesan

1. Guna Garam

Salah satu petua hilangkan cacing di bilik air yang popular, murah dan dikatakan paling berkesan adalah dengan menggunakan garam.

Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air.

Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.

Simpan sikit air garam tu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian spray kan ke dinding bilik air.

Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing tu datang.

Bila buat selalu, insha Allah lama-lama nanti cacing tu tak datang dah.

2. Guna Peluntur (Clorox)

Selain guna garam, ada juga yang cadangkan guna clorox.

Tapi kena hati-hatilah terutamanya yang ada anak kecil sebab bau clorox atau peluntur ni kan kuat.

Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan clorox ke seluruh kawasan lantai dan dinding.

3. Guna Cuka

Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air.

Caranya sama je. Semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.

4. Grout Cleaner

Satu lagi yang boleh kita cuba ialah pencuci lantai yang bagus. Kalau boleh ia dilabel sekali dengan grout cleaner.

Biasanya pencuci lantai jenis ni memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa.

5. Tutup Lubang & Celahan Mozek / Jubin

Kalau kita dah cuba buat 4 cara di atas ni tapi masih tak berkesan, mungkin kita kena check tengok celahan mozek atau jubin (tiles) dekat dalam bilik air sebab mungkim ada mana-mana lubang yang menjadi ‘laluan masuk’ bagi cacing-cacing ni.

Antara cara paling mudah ialah simenkan antara celahan jubin atau mozek (grout) menggunakan simen putih.

Selain guna simen, boleh juga tampal celah mozek / jubin tu boleh guna bancuhan Sika215.

Dia macam plastersin, dan datang dalam 2 bahagian. Kita kena campurkan kedua-dua bahagian tu dan uli sampai jadi doh.

Lepas tu tampal dekat lubang yang nak seal tu. Sika215 ni berkesan untuk kawasan berair, ada waterproofing dan cepat keras berbanding simen.

Rasanya sekarang ni pun dah ada jual grout filler yang mudah nak guna. Picit je kat celah-celah jubin tu.

6. Cat Epoxy

Cat epoxy ni pun salah satu cara untuk waterproofing lantai bilik air.

Kalau alang-alang nak makeover bilik air, bolehlah gabungkan cara simen putih pada celahan tiles dan cat ni sekali untuk kemasan akhir.

Bukan saja hilangkan cacing, tandas pun jadi baru terus!

Buat Lantai Baru Jika Masalah Terlalu Serius

Jika masalah terlalu serius dan cacing tak juga hilang walaupun dah cuba pelbagai cara, mungkin kita kena check balik cara pemasangan lantai di rumah.

Mungkin ada tukang yang buat rumah kita dulu ada tertinggal komponen waterproofing atau lapisan pelindung yang menyebabkan lantai terdedah pada lembapan hingga menyebabkan cacing ni membiak di bilik air.

Walaupun mengambil masa dan memakan kos, ia mungkin adalah jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik untuk keselesaan dan keselamatan bilik air kita.

ARTIKEL LAIN : Ubah dan hias bilik tidak sampai sebulan, hasil tangan pemuda ini memang cukup mengagumkan!

Selamat mencuba

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending