Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Cucur Udang Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Confirm Sedap!

Published

on

Cara Buat Cucur Udang Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Confirm Sedap!

Suka makan cucur udang? Siapa yang tak suka kan lebih-lebih lagi banyak udang dekat bahagian atas. Berebut cari udang paling banyak.

Tapi mak kita lebih bijak, untuk elakkan bergaduh, terus diguntingnya cucur tersebut supaya tak berebut udang mana yang lebih besar. Heheh. Teringat zaman kanak-kanak jee.

Bila kita dah pandai nak buat sendiri, kita pula hidangkan pada mak ayah kita cucur udang yang rangup di luar, lembut di dalam. Udang pulak letak yang besar dan segar. Confirm puas hati!

Resepi daripada Mazitah Ahmad Nur Solehah ni, memang betul-betul sedap dan menjadi. Kadang-kadang yang jual di kedai tak rangup, banyak minyak dan udang tak segar. Buat sendiri follow resepi ni, memang tak cukup jadinya.

Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam

ARTIKEL LAIN : Buat Bakwan Kena Ikut Teknik Goreng Ini, Baru Hasilnya Super Rangup & Sedap

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum 1/2 kilo (tak kisah cap apa)*
  • Serbuk kunyit sedikit (jika perlu)*
  • Garam secubit*
  • Gula 2 sudu besar*
  • Telor 1 biji*
  • Sedikit serbuk soda bikarbonat*
  • Daun Kuchai
  • Taugeh
  • Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit

Cara-cara Membancuh Adunan Tepung:

1. Campur semua bahan-bahan bertanda * gaul-gaul rata. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.

2. Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai, taugeh dan udang. Gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam.

3. Setelah cukup tempoh perapan bolehla digoreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat. Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan aduanan dengan menggunakan tangan, toskan setelah masak.

Bahan-Bahan Untuk Kuah Kacang:

  • Setengah kilo kacang tanah yang digoreng tanpa minyak atau disangai, buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur.
  • 15 biji Cabai kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang*
  • Bawang besar 1 labu*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Serai 1 batang*

Cara-cara Membuat Kuah Kacang:

1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * kemudian masukkan minyak ke dalam periuk untuk menumis, setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

2. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar, anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing.

3. Masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu, masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak. Kemudian tutup api, siap! dan boleh dihidangkan bersama cucur udang tadi.

Selamat mencuba!

Resepi Oleh : Mazitah Ahmad Nur Solehah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending