Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Untuk Membuat Mee Bandung Yang Sangat Padu Dengan Kuahnya Yang Mantap!

Published

on

Cara Untuk Membuat Mee Bandung Yang Sangat Padu Dengan Kuahnya Yang Mantap!

Kalau dah hari-hari asyik makan nasi, sesekali makan mee bandung best jugak. Tapi, tak semua kedai makan ada jual mee bandung. Kalau ada pun, mungkin tak semualah yang sedap ikut tekak kita kan?

So, hari ini kami ingin kongsikan resepi mee bandung sedap dan simple oleh Puan MARIANA ZAINAL. Mi Bandung ni jangan tanya dari negeri mana. Saya main masak je ikut kata hati saya.

Bak kata beliau, resipi ni memang sekali makan tak boleh berhenti. Suami dan anak-anak cukup bertambah-tambah makan mee bandung ni. Nak buat tak susah mana pun… Janji cukup bahan-bahan, boleh terus masak untuk menu tengah hari atau untuk makan malam.

RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE & SEDAP

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Guna Satu Rencah Saja

Jom tengok resepi mee bandung power tapi cukup ringkas!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Mi secukupnya. Basuh mi dan celur kemudian toskan.
  • Sedikit isi ayam atau daging.
  • Udang segar secukupnya.
  • Tauhu. Potong dan goreng sekejap jangan sampai garing.
  • 1 batang carrot.
  • Putik jagung.
  • Sedikit sawi.
  • 1 biji tomato belah 4.
  • 4 biji telur.
  • 1/2 cawan sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 1/2 sdb tepung jagung(bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air).
  • 3 sudu besar gula pasir.
  • 1 sudu besar garam,
  • Sedikit bahan perasa jika perlu.
  • Air untuk kuah secukupnyasy guna 1.5 liter air.
  • 3 senduk minyak untuk menumis.

Bahan-bahan hiasan:

Daun sup, Bawang goreng dan Cili padi.

Bahan-bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering.
  • 1 1/2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 sudu besar udang geragau kering.

Cara-Caranya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga betul-betul naik minyak dan bahan kisar agak garing.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap kemudian masukkan ayam. Bila ayam hampir empuk masukkan air. Bila dah mendidih masukkan carrot dan tomato.
  3. Bila da agak empuk, pecahkan telur dan jangan kacau. Biar telur masak elok.
  4. Apabila telur dah masak elok. Masukkan sawi, udang dan tauhu. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Biarkan ianya mendidih seketika dan sesuaikan rasa. Renehkan sehingga anda puas hati rasaya dan siap.

Jika nak kuah merah gelap, renjiskan sikit jer kicap manis.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Mi Hailam Special Paling Mudah Tapi Punyalah Sedap, Confirm Makan Berulang!

Sumber : MARIANA ZAINAL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending