Connect with us

Tips Dan Petua

Rendang Kerang Lagi Pedas Lagi Sedap, 3 Kg Untuk Keluarga Besar.

Published

on

Rendang Kerang Lagi Pedas Lagi Sedap, 3 Kg Untuk Keluarga Besar.

Rendang kerang biasanya memang sedap dimakan bersama nasi putih atau ketupat, lemang dan aneka jenis pulut mengikut selera masing-masing. Cara untuk membuat masakan ini juga mudah dan simple serta memerlukan kerajinan untuk mengopek kerang.

Di sini kami kongsikan resepi rendang kerang pedas yang paling sedap yang boleh anda buat sendiri dengan berpandukan cara-caranya yang ditunjukkan berserta video rakaman ketika memasak masakan rendang kerang ini.

Resepi Rendang Kerang Simple dan Sedap

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Paru Goreng Sambal Garing, Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin

Bahan-Bahan

3kg kerang – gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi.

Bahan Kisar

  • 5 biji bawang merah ros
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inchi halia
  • 1 inchi lengkuas
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampong
  • 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan – 1 biji kelapa
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit – hiris halus

Cara-Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
  2. Masukan santan – biarkan mereneh dengan api perlahan
  3. Masukan kerisik dan asam keping – renih sampai pekat
  4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
  5. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam

Sebenarnya, tak susah pun nak buat rendang kerang jika anda ikut cara-cara yang ditunjukkan. Pastikan semua bahan-bahan cukup dan buat step by step, confirm menjadi dan sedap. Yang paling penting menjimatkan kerana buat sendiri dalam kuantiti yang banyak dan boleh makan sampai puas hati.

Inilah resepi rendang kerang pedas yang simple dan sedap hasil perkongsian daripada Chef Aezach AR yang pernah tular di laman sosial tidak beberapa lama dulu. Semoga perkongsian cara buat rendang kerang ini akan memudahkan kerja anda untuk memasak masakan ini dengan cepat. Semoga bermanfaat dan

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Rebus Kerang Yang Betul, Isi Tak Kecut, Lembut Dan Segar

Kredit Resepi : Aezach Ar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending