Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Masak Sup Ikan Merah Yang Sedap, Ikan Tak Hancur. Buat Sekali Sambal Kicap Ini, Lagi Padu

Published

on

Tip Masak Sup Ikan Merah Yang Sedap, Ikan Tak Hancur. Buat Sekali Sambal Kicap Ini, Lagi Padu

Asyik hidang sup ayam atau daging saja, apa kata cuba buat pula sup ikan. Guna ikan merah lagi sedap! Nak buat sup ini pun punyalah senang.

Cuma kena ikut petua ini supaya ikan tak hancur. Kalau tak nanti hilang mood bila tengok ikan tiada bentuk dalam sup. Caranya dikongsi oleh Annida Ammar yang turut menyertakan resipi sambal kicap supaya hidangan sup ikan lagi padu rasanya.

Cara Buat Sup Ikan Merah Sedap Bersama Sambal Kicap

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Masak Cuka Jadi Lagi Sedap, Kena Masak Hari Ni Makan Esok

Bahan-bahan

  • Ikan merah-dipotong
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Daun sup
  • Lobak merah
  • Garam
  • Minyak masak

Cara membuat:

1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia secukupnya (sup lagi sedap kalau bahan-bahan ini ditumbuk).

2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dulu, kemudian baru masukkan bahan ditumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan garam dan tambah air. Biarkan mendidih.

4. Selepas mendidih baru masukkan ikan dan jangan kacau atau balik-balikkan ikan, nanti ikan hancur lebur.

5. Masukkan lobak dan juga daun sup.

Cara buat sambal kicap

  1. Tumbuk cili api dan bawang putih hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk dalam bekas dan tuang kicap manis.
  3. Masukkan sekali gula dan limau yang diperah. Masuk sekali kulit limau yang dihiris halus.
  4. Sambal kicap ini lagi sedap jika ditumbuk berbanding guna pengisar.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Sumber : Annida Ammar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending