Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Tom Yum Gong Ori Jadi Lebih Sedap, Rasa Masam Pedas Manis Lemak Berkrim.

Published

on

Cara Buat Tom Yum Gong Ori Jadi Lebih Sedap, Rasa Masam Pedas Manis Lemak Berkrim.

Ramai yang mengemari masakan tom yam tapi untuk membuatnya tak semua boleh buat seperti kedai masakan siam sediakan.

Seorang wanita bernama Fyza Shah mendedahkan resepi tom yum gong ori macam di kedai Thai. Menurutnya, resepi ini dikongsikan oleh tukang masak Thai sendiri. Kunci dalam resepi ini mesti ada sos ikan, hanya perlu ikut tips dan trick yang akan dikongsikan di bawah.

RESEPI TOM YUM GUNG ORI

ARTIKEL LAIN : Resepi Asam Pedas Johor. Wajib Letak Daun Ni, Kalau Tak Tak Menjadi!

Rasa masam , pedas, manis masin lemak berkrim semua bersatu padu. Sebab tambah susu cair. Gerenti satu rumah puas makan.

Boleh nak letak santan tapi rasa berubah tak sama dengan susu. Ini tukang masak Thai tu yang cerita. Aku follow aja lah.

Kuncinya mesti ada sos ikan , dan ikut tips dan trick kat bawah ni. insha’Allah menjadiiii, kau orang kena cuba okehh. Dah terror bila bila teringin kau masak je sendiri.

Tak perlu udang besar lauk mewah, guna cendawan dengan ayam pun kuah sedap letops sangat sebijik macam makan kat Hatyai. Tak ada guna juga kiub ayam kiub tomyum semua. Rasa tetap mewah gais.

Dah jom masak.

BAHAN-BAHAN :

  • Isi ayam
  • Sotong (takde pun takpe)
  • Cendawan
  • Serai 2 batang
  • Bawang besar potong 4
  • Bawang putih ketuk
  • Daun limau purut
  • Daun Ketumbar
  • Limau nipis 2 1/2 biji
  • Cili padi
  • Lengkuas
  • Cili Thai Pes
  • Sos ikan
  • Susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus isi ayam sampai empuk. Pati ayam akan turun dalam air.

2. Selepas rebus, keluarkan isi akan dan ketepikan. Biarkan kuah pati ayam di dalam kuali.

3. Masukkan bawang, serai, lengkuas hiris, cili padi yang ditumbuk kasar-kasar ke dalam kuah pati ayam tadi. Rebus sehingga air dari bahan masuk ke dalam kuah.

4. Masukkan sotong. Tiada pun tidak mengapa.

5. Apabila sotong dah nak masak, masukkan Thai Cili Paste. Ini lah kunci dalam kebanyakan Tom Yum Gong. Dimana-mana supermarket, kedai runcit , pasar mesti ada jual.

Ni Pes Cili Thai. Wajib ada. Key of Tom Yum ingredients.

6. Masukkan juga pes tom yum siam jika ada.

Ni pes Tom Yum. Tak letak pun takpe, kalau letak lagi umph

7. Masukkan cendawan.

8. Masukkan sos ikan (wajib ada!). Letak dalam 3 senduk jika masak banyak.

9. Biarkan kuah sebati terlebih dahulu, baru masukkan isi ayam yang direbus tadi.

10. Jangan lupa masukkan susu cair juga untuk rasa yang lebih berlemak.

11. Akan jadi creamy begini. Lawaaa. Tengok pun dah boleh lapar kan.

12. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dalam 2/3 biji. Masukkan garam gula secukup rasa. Kalau tak ok, tambah sos ikan pun boleh. Bab rasa ni lidah kita tak sama. Sendiri adjust

13. Taburkan daun ketumbar.

14. Siappp. Masam, pedas, lemak masin manis kuah semua lengkap dan seimbang.

Sebab tu tom yum siam ni sedap walau lauk tak mewah. Kuah tetap padu.

Dulu pernah letak la udang galah ke ketam ke, tetap tak dapat rasa kuah yang authentic Thai macam ni.

So belajar sesuatu kan?

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Siakap Kengsom Yang Sedap, Kuah Pekat. Kisar Sekali Bahan Ini

Sumber/Foto : Fyza Shah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending