Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Salmon Grill Yang Mudah & Sedap. Boleh Cuba Salmon Grilled Lemon Sauce

Published

on

Cara Masak Salmon Grill Yang Mudah & Sedap. Boleh Cuba Salmon Grilled Lemon Sauce

Asyik makan ikan goreng, gulai, sambal sesekali kita ubah pulak selera. Buat cuba pulak masak ikan salmon ala western macam ini, Salmon Grilled Lemon Sauce

Ikan salmon memang sedap kalau grill. Ditambah pula dengan sos lemon pekat, gabungan terbaik. Selalu hidangan begini kita makan di kafe, kali ini kita buat sendiri. Caranya pun mudah. Boleh cuba resepi dikongsi oleh Herawati Basri.

Salmon Grilled Lemon Sauce

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

Bahan-bahan untuk ikan salmon grill:

  • Kepingan ikan salmon
  • Garam
  • Lada hitam
  • Mentega

Cara membuat:

Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian grill salmon dengan sedikit mentega. Ketepikan, guna minyak yang sama utk buat sos.

Bahan sos

  • Mentega
  • Bawang putih -cincang
  • Cooking cream/fresh milk
  • Sedikit air perahan lemon
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk perasa
  • Parsley – cincang

Cara membuat sos:

  1. Cairkan mentega, tumis bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan cooking cream atau fresh milk, kacau rata.
  3. Masukkan tepung jagung, matikan api.
  4. Tuang sos dalam blender bersama perahan air lemon. Kisar.
  5. Bahan sos siap masuk semula dalam kuali. Kecilkan api dan tambah bahan perasa garam dan juga gula.
  6. Bila kuah dah agak pekat, matikan api. Masukkan parsley cincang.Tuang atas ikan salmon grilled tadi.
  7. Boleh hidang dengan asparagus goreng dan tomato.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Sambal Thai Yang Sedapnya Memang Lain Macam

Sumber: Herawati Basri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending