Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Creampuff Montok Dengan Krim Kastard Sedap, Resipi Dari Peniaga Creampuff Sendiri

Published

on

Buat Sendiri Creampuff Montok Dengan Krim Kastard Sedap, Resipi Dari Peniaga Creampuff Sendiri

Menarik betul creampuff montok ini, inti krim kastard pulak melimpah. Tengok saja pun dah tahu sedap.

Ini adalah hasil air tangan Tuan Adriana Arissa, peniaga creampuff sendiri . Menurut beliau creampuff ini memang mendapat sambutan dari pelanggannya.

Tapi kita pun boleh buat sendiri creampuff begini untuk makan satu famili. Sebab beliau juga berkongsi caranya.

Buat Sendiri Creampuff Krim Kastard Yang Sedap

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung, Macam-Macam Jenis Boleh Dapat Dengan Gunakan Sukatan Sama

Bahan untuk krim kastard

  • 1 ¼ cawan susu full cream
  • 2 biji kuning telur/1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar unsalted butter/marjerin
  • 1 cawan non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara membuat krim kastard

1. Masak semua bahan kastard dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat.

2. Bila dah pekat, tutup api dan tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan ke dalam chiller.

3. Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan untuk choux pastry

  • 1 cawan air
  • ¼ cawan butter/marjerin
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besargula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 hingga 4 biji telur saiz B

NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab kuantiti krim kastard banyak, cukup untuk 2 adunan.
Cara membuat

1. Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok.

2. Kemudian masukkan tepung gandum.

3. Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ini bancuhan tadi akan jadi macam doh. Tutup api.

4. Biarkan sampai sejuk atau suam kuku.

5. Masuk telur satu persatu, mix sebati.

6. Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dalam 30 minit. Ikut oven masing-masing.

Tip nak tahu creampuff jadi atau tidak, pastikan creampuff berongga di dalam dan bila dah masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing-masing.

7. Bila creampuff dah sejuk, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder bukan gula aising ya.

Selamat mencuba

ARTIKEL LAIN : Guna Sukatan Cawan Buat Puding Susu Nata De Coco Confirm Jadi

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending