Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Lepat Pisang Klasik, Kuih Popular sepanjang zaman

Published

on

Resipi Lepat Pisang Klasik, Kuih Popular sepanjang zaman

Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang panas-panas. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba. Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah.

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat kuih klasik zaman-zaman atok nenek kita dahulu. Mudah untuk dibuat sama ada cara penyediaan mahupun memasaknya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Cara Buat Lepat Pisang

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Serta Petua Tak Serap Minyak

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan pisang lemak manis (dipenyek).
  • 1 cawan gula.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 kotak santan kara.
  • 1 cawan kelapa parut.
  • 2 1/4 cawan tepung gandum.
  • Daun pisang (dilayur terlebih dahulu).

CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan (kecuali daun pisang). Adun hingga sebati dan tepung tidak berketul.

2. Ambil daun pisang yang telah dipotong, sudukan bancuhan lepat dengan secukupnya.

3. Bungkus lepat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

4. Didihkan air dalam pengukus, susun bungkusan lepat di dalamnya dan masak selama 40 minit.

5. Angkat kuih dan biarkan seketika hingga suam sebelum dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Donut Bulat-Bulat Comel Tanpa Perlu Uli, Guna 2 Bahan Sahaja Tetap Elok!

Kredit : Shai Anne Ahemed

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Tanam Sawi Gemuk Tanpa Baja Kimia, Guna Tanah Sawit Saja Pun Menjadi

Published

on

Tip Tanam Sawi Gemuk Tanpa Baja Kimia, Guna Tanah Sawit Saja Pun Menjadi

Bagi yang gemar bercucuk tanam, melihat sawi yang subur, lebar dan gemuk memang memberi kepuasan tersendiri. Ramai menyangka untuk mendapatkan hasil sawi seperti ini memerlukan baja yang banyak serta penjagaan rapi, namun sebenarnya ia boleh dicapai dengan kaedah yang lebih ringkas.

Perkongsian Nor Suriani Ismail menunjukkan bahawa sawi dwarf boleh membesar dengan baik hanya menggunakan tanah sawit tanpa sebarang baja kimia atau racun perosak. Menariknya, tanaman ini masih mampu menghasilkan sawi yang segar, organik dan sesuai untuk kegunaan sendiri mahupun jualan.

Rahsia Sawi Gemuk Tanpa Baja

Kunci utama dalam penanaman sawi ini ialah penggunaan tanah sawit sebagai medium utama. Tanah ini merupakan hasil buangan daripada proses kilang sawit yang kaya dengan nutrien semula jadi.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang konsisten, sawi masih boleh tumbuh subur tanpa keperluan baja tambahan.

Langkah Menanam Sawi Dwarf

1. Semaian benih

Gunakan benih sawi jenis dwarf seperti Green World. Semai benih dalam kotak polisterin sehingga anak pokok mempunyai sekitar empat helai daun sebelum dipindahkan ke tapak tanaman.

2. Sediakan tapak tanaman

Tapak boleh dibuat dengan menyusun bata di atas tanah sedia ada. Jika mahu lebih kemas, buang rumput terlebih dahulu, namun ia tidak wajib.

Saiz tapak boleh diubah mengikut ruang yang ada, contohnya sekitar 10 kaki panjang untuk penanaman skala kecil.

3. Gunakan tanah sawit

Tuangkan tanah sawit ke atas tapak yang telah disediakan. Biarkan tanah terdedah kepada hujan selama satu hingga dua hari sebelum penanaman, atau boleh juga terus menanam tanpa menunggu.

Tanah sawit biasanya berwarna gelap dan bertekstur lembut kerana ia merupakan sisa pemprosesan sawit yang kaya dengan nutrien.

Kelebihan Guna Tanah Sawit

  • Tidak memerlukan baja tambahan kerana sudah kaya dengan nutrien.
  • Membantu menghasilkan sawi yang lebih gemuk dan subur.
  • Menjimatkan kos penanaman.
  • Sesuai untuk penanaman organik di rumah.

Penjagaan Pokok Sawi

Penjagaan sawi menggunakan kaedah ini sangat mudah. Siram tanaman dua kali sehari, terutamanya ketika cuaca panas. Jika hujan, penyiraman tidak diperlukan.

Walaupun tahan lasak, pemantauan tetap perlu dilakukan bagi memastikan pertumbuhan tanaman berada dalam keadaan baik.

Kawalan Perosak Secara Semula Jadi

Jika terdapat serangan perosak seperti siput, ulat atau belalang, semburan cuka kayu boleh digunakan sebagai alternatif semula jadi.

Kaedah ini membantu mengurangkan serangan perosak tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya, menjadikan hasil tanaman lebih selamat untuk dimakan.

Hasil Tuaian

Dengan penjagaan yang konsisten, sawi dwarf yang ditanam menggunakan tanah sawit ini mampu menghasilkan daun yang besar dan subur. Hasil tuaian bukan sahaja boleh digunakan sendiri, malah berpotensi untuk dijual.

Kesimpulan

Menanam sawi gemuk tidak semestinya memerlukan baja yang kompleks atau penjagaan yang rumit. Dengan hanya menggunakan tanah sawit dan teknik asas penanaman, sawi boleh tumbuh subur secara organik.

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ingin memulakan hobi berkebun di rumah dengan cara yang mudah, murah dan lebih mesra alam.

Sumber: Nor Suriani Ismail

Continue Reading
Advertisement

Trending