Connect with us

Tips Dan Petua

Tak Perlu Kukus! Ini Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Kacau. Sekali Kacau Dapat 25 Bekas

Published

on

Tak Perlu Kukus! Ini Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Kacau. Sekali Kacau Dapat 25 Bekas

Kesedapan kuih Tepung Pelita memang tidak asing lagi bagi kita. Rasanya lemak-lemak manis menjadikan ia kegemaran ramai.

Jika anda teringin nak makan, boleh buat sendiri sahaja. Tak perlu kukus jika ikut resepi perkongsian Opah Mas Cotek ini. Hanya perlu kacau dalam periuk sahaja. Bukan itu sahaja anda juga boleh buat dalam kuantiti/jumlah sedikit.

Mari ikuti perkongisan opah di bawah ini.

TEPUNG PELITA VERSI KACAU

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Kaswi ‘Gedik’ Yang Sedap. Guna Tip Ini Jika Air Bertakung Sewaktu Mengukus

Tepung Pelita Versi Kacau. Banyak hari berbuka koi maneh tak mandang. Ate nak tak nak mancuh le sikit hah. Kalau kome rajin buat le citak/kelongsong daun pisang tu. Opah tak koser lah hai. Malas yang benornya.

Ok dah siap Tepung Pelita Versi kacau (oleh Mas Cotek)

BAHAN LAPIS BAWAH (HIJAU)

  • 1 cwn tepung beras
  • 1 cwn gula
  • 5 cwn air pandan (opah blend 7 helai pandan)
  • 1 sdt air kapur
  • sedikit pewarna hijau

CARANYA :

1. Satukan kesemua bahan. Kacau sebati (tiada bintil-bintil tepung)

2. Dengan menggunakan api perlahan, masak sehingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup

3. Tutup api kemudian tuang ke dalam bekas-bekas kecil

4. Ketepikan

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA SANTAN)

  • 1/2 cwn tepung beras
  • 4 cwn santan
  • garam secukup rasa

CARANYA :

1. Cara masak sama seperti lapisan hijau

2. Satukan kesemua bahan/sebatikan (tiada bintil² tepung)

3. Masak sehingga meruap, pekat dan meletup²

4. Sentiasa dikacau ya

5. Tutup api

6. Tuang adunan ke atas lapisan hijau

7. Sejukkan kemudian boleh lah dimasukkan ke dalam peti sejuk

NOTA :

Untuk adunan ini dapat 25 bekas dadih 4oz

Selamat Mencuba

ARTIKEL LAIN : Resepi Kuih Ketayap Paling Senang Nak Buat, Kena Ada ‘Lubang-Lubang’ Baru Menjadi!

Sumber/Foto : Mas Cotek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending