Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Bilis Belimbing Buluh Yang Simple Tapi Menyelerakan. Memang Sedap!

Published

on

Cara Buat Sambal Bilis Belimbing Buluh Yang Simple Tapi Menyelerakan. Memang Sedap!

Masakan melayu memang kaya dengan kelpebagaian. Misalnya sambal, dalam masakan melayu ada pelbagai jenis masakan. Sambal bilis belimbing buluh antara salah satu daripadanya.

Walaupun ia hidangan yang ringkas , rasa pedas masam-masam nya pasti menaikan lagi selera. Bahan dan cara penyediaanya cukup ringkas. Cubalah resipi perkongsian Nanie Rosnani ni. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

RESEPI SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Sambal Bilis Tempoyak, Lauk Paling Senang Tapi Punyalah Sedap

Sambal bilis belimbing buluh. Resepi simple yang akan buat korang menambah nasi. Takde lauk lain pun takde hal ler

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan bilis
  • 2 biji cili merah dan cili padi secukupnya– jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai
  • 4 biji bawang merah
  • Belacan secukupnya– jika suka
  • Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya
  • Petai – hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :

1. Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.

2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.

3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.

4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.

5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya.

6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

Sumber/Foto : Nanie Rosnani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending