Connect with us

Tips Dan Petua

Kalau Tanam Pokok Cili Buat Pati Baja Kulit Telur. Berceracak Meriah Hasil Cili Nanti

Published

on

Kalau Tanam Pokok Cili Buat Pati Baja Kulit Telur. Berceracak Meriah Hasil Cili Nanti

Baja dari kulit telur yang dikisar menjadi serbuk sudah diketahui manfaatnya untuk tanaman dan sering kali kita guna. Tapi selain dibuat serbuk, kulit telur ini juga boleh dijadikan baja cecair atau lebih dikenali sebagai pati baja kulit telur.

Pati baja kulit telur ini sangat kaya dengan unsur kalsium dan ada juga unsur boron. Boleh dikatakan sebagai kalsium boron organik. Kalsium dan boron ini sangat penting dalam membantu kelekatan bunga. Terutamanya tanaman cili.

Jadi bagi yang tanam banyak pokok cili di rumah boleh buat pati baja telur ini. Meriah hasilnya nanti. Caranya dikongsi oleh Azuan Abdullah.

Cara Buat Pati Baja Kulit Telur, Senang Saja

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Air Booster Supaya Hasil Cili & Sayur Berganda ! Bancuh Serbuk Ini & Siram Ikut Aturan

Bahan-bahan

  • Kulit telur : 100 gram
  • Cuka asli: 1 liter
  • Bekas yang sesuai.

Cara membuat

1. Basuh atau rendam kulit telur. Tujuannya nak bersihkan lendir putih telur.

2. Jemur dibawah terik mentari hingga kering atau goreng tanpa minyak (sangai).

3. Hancurkan.

4. Masukkan ke dalam bekas.

5. Tuangkan cuka asli.

6. Tutup tak rapat.

7. Simpan tempat redup selama 30 hari.

Keadaan selepas 3 jam kulit telur dicampurkan bersama dengan cuka asli. Ada pembentukan buih dan sebahagian kulit telur terapung di bahagian atas. Proses pemeraman ini akan diteruskan sehingga genap 30 hari.

8. Selepas 30 hari, tapis.

9. Botolkan dan simpan tempat redup.

10. Bila nak guna, ambil 2-5 ml untuk 1 liter air. Senang dan jimatkan. Walaupun simple je cara buatnya, namun kesannya sangat ohsem.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Haa puskan Rumput Liar Di Halaman, Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Saja!

Sumber: Azuan Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending