Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Rojak Mamak, Masak Sendiri Baru Puas Makan

Published

on

Cara Buat Rojak Mamak, Masak Sendiri Baru Puas Makan

Pasembur/pasembor atau rojak mamak merupakan salad India Malaysia yang mempunyai bahan-bahan seperti timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya.

Rojak Mamak memang enak. Kombinasi pelbagai bahan di dalamnya yang dinikmati bersama kuah kacang, sangat mengasyikkan dan membuka selera. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia lazimnya dikaitkan dengan Pulau Pinang, dimana pasembur terbaik terdapat di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah “rojak mamak” lebih lazim dipakai.

Bagi anda yang menggemari hidangan rojak ini, resipi dari saudara Emee Sham ini tentunya harus anda cuba. Sangat berbaloi masak untuk keluarga.

CARA MASAK ROJAK MAMAK YANG SEDAP & MUDAH

ARTIKEL LAIN : Buat Bakwan Kena Ikut Teknik Goreng Ini, Baru Hasilnya Super Rangup & Sedap

BAHAN CUCUR UDANG:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • Sedikit mauripan – campur air
  • Daun kucai – hiris
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Udang
  • Bawang merah – dipotong dadu

BAHAN KUAH KACANG:

  • Kacang tanah secukupnya – disangai kemudian dikisar – beli online disini
  • 5 biji bawang merah – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 10 keping biskut meri – dikisar halus
  • Pes cili secukupnya
  • Gula merah secukupnya
  • Gula putih secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Ubi kentang rebus
  • Telur rebus
  • Tauhu – digoreng
  • Timun

CARA MEMASAK CUCUR UDANG:

1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama air biasa.

2. Masukkan mauripan. Kemudian rehatkan adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

3. Masukkn serbuk kunyit dengan secukupnya, bawang, daun kucai dan juga garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.

5. Masukkan sudip dalam minyak yang panas tadi seketika. Keluarkan sudip dan masukkan adunan cucur.

6. Letakkan udang pada adunan tersebut dan tekan sedikit agar udang tidak tertanggal dari tepung sewaktu digoreng.

7. Masukkan sudip kembali ke dalam kuali dan biarkan seketika. Nanti adunan cucur akan tanggal dengan sendiri.

8. Masak hingga cucur keperangan. Ulang langkah sama hingga habis adunan.

CARA MEMASAK KUAH KACANG:

1.Panaskan minyak dan masukkan kisaran bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.

2. Masukkan pes cili (anggaran 1-2 sudu makan). Tumis lagi sampai pecah minyak.

3. Kemudian masukkan kacang tanah. Gaul rata.

4. Masukkan sedikit air. Masak hingga kacang lembut.

5. Bila sudah sebati, masukkan kisaran biskut meri dan juga air. Kacau rata.

6. Perasakan dengan gula merah, gula putih, garam dan air asam jawa dengan secukupnya. Kacau rata.

7. Bila semua rasa telah sempurna, masukkan bijan yang telah disangai ke dalam kuah. Padamkan api.

8. Hidangkan kuah kacang bersama cucur udang dan juga bahan-bahan rojak yang lain.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Popia Basah ‘Step By Step’ Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!

Kredit resipi & foto: Emee Sham

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Mudah Elak Buah Mangga Berulat Akibat Serangan Lalat Buah di Kebun Rumah

Published

on

Cara Mudah Elak Buah Mangga Berulat Akibat Serangan Lalat Buah di Kebun Rumah

Pokok mangga merupakan antara tanaman buah yang paling digemari di Malaysia kerana rasanya yang manis dan segar. Namun begitu, ramai penanam sering berdepan masalah apabila buah mangga yang kelihatan cantik di luar sebenarnya rosak di dalam akibat serangan ulat. Elak Buah Mangga Berulat

Masalah ini biasanya berpunca daripada serangan lalat buah yang bertelur pada permukaan buah sehingga menyebabkan isi buah menjadi berulat, busuk atau gugur sebelum masak.

Jika tidak dikawal dengan betul, serangan ini boleh menjejaskan hasil tuaian dan merugikan penanam.

Kenapa Lalat Buah Berbahaya Kepada Mangga?

Lalat buah akan tertarik kepada buah yang hampir masak kerana baunya yang manis. Ia kemudian akan bertelur pada kulit buah tanpa disedari.

Apabila telur menetas, larva akan memakan isi buah dari dalam sehingga menyebabkan buah rosak walaupun dari luar masih kelihatan elok.

Cara Paling Berkesan: Perangkap Lalat Buah

Salah satu kaedah paling berkesan untuk mengawal populasi lalat buah adalah dengan menggunakan perangkap yang mengandungi Petrogenol atau Methyl Eugenol.

Bahan ini bertindak sebagai hormon pemikat yang menarik lalat jantan untuk masuk ke dalam perangkap, sekali gus mengurangkan pembiakan lalat buah di kawasan pokok mangga.

Bahan Yang Diperlukan

  • 2 botol air mineral terpakai
  • Batang besi
  • Kapas
  • Stapler dan playar
  • Pisau
  • Petrogenol atau Methyl Eugenol

Cara Membuat Perangkap Lalat Buah

1. Sediakan Botol Perangkap

Potong dua botol air mineral untuk dijadikan perangkap lalat. Botol ini akan berfungsi sebagai ruang utama untuk memerangkap serangga.

2. Pasang Batang Besi

Masukkan sebatang besi di bahagian bawah botol dan pastikan ia berada di tengah-tengah struktur botol.

Bengkokkan hujung besi di bahagian atas untuk menggantung kapas yang akan digunakan sebagai umpan.

3. Sediakan Umpan

Ambil kapas dan titiskan Petrogenol atau Methyl Eugenol pada permukaannya.

Kemudian letakkan kapas tersebut pada bahagian dalam botol perangkap.

4. Letakkan Di Sekitar Pokok Mangga

Gantung atau letakkan perangkap di kawasan sekitar pokok mangga, terutama di tempat yang mudah dilalui angin.

Bau hormon pemikat ini akan menarik lalat buah jantan untuk masuk ke dalam perangkap dan akhirnya terperangkap di dalamnya.

Bagaimana Perangkap Ini Berfungsi?

Lalat buah jantan akan tertarik kepada bau feromon yang dikeluarkan oleh Petrogenol atau Methyl Eugenol. Apabila memasuki perangkap, ia sukar untuk keluar dan akhirnya mati.

Proses ini membantu mengurangkan populasi lalat buah sekaligus mengurangkan risiko serangan pada buah mangga.

Bau umpan ini biasanya boleh bertahan beberapa minggu sebelum perlu ditambah semula.

Petua Tambahan Untuk Lindungi Pokok Mangga

  • Letakkan beberapa biji Panadol pada kulit atau pangkal pokok semasa berbunga (amalan tradisi sesetengah penanam).
  • Bakar daun dan ranting kering di bawah pokok untuk menghasilkan asap bagi menghalau serangga.
  • Bersihkan buah yang gugur atau rosak supaya tidak menarik lebih banyak lalat buah.
  • Tabur garam di kawasan sekitar pangkal pokok sebagai langkah tambahan menghalang serangga.

Kesimpulan

Masalah buah mangga berulat akibat lalat buah boleh dikawal jika langkah pencegahan diambil lebih awal. Penggunaan perangkap Petrogenol atau Methyl Eugenol merupakan antara kaedah paling berkesan untuk mengurangkan populasi lalat buah di kawasan kebun.

Selain itu, penjagaan kebersihan kebun serta kawalan serangga secara berterusan juga memainkan peranan penting dalam memastikan hasil mangga lebih berkualiti dan bebas daripada kerosakan.

Continue Reading
Advertisement

Trending