Connect with us

Tips Dan Petua

Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!

Published

on

Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!

Kerabu ni antara hidangan yang ramai penggemarnya. Yang mana biasanya kerabu ni akan di jadikan sebagai pembuka selera dan mempunyai banyak khasiatnya.

Ada tak penggemar kerabu pucuk paku kampung kat sini? Ha, kali ni apa kata kita cuba resipi kerabu pucuk paku kerang yang mudah dan sedap ni. Makan ratah macam tu je pun dah sedap wei. Rugi sangat kalau tak cuba sebab mudah je nak buat.

Macam mana nak buat kerabu yang sedap? Korang follow je resipi simple perkongsian dari Noor Baini Bakar ni. Boleh kecur liur dibuatnya. Lagi pedas, lagi sedap ye. Korang boleh adjust tahap pedas kerabu tu ikut citarasa masing-masing.

RESIPI KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG

ARTIKEL LAIN : Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Sedapnya Meratah. Ini Resipinya!

Selain daripada kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku kerabu juga antara yang paling sedap.

(Klik SINI untuk membeli pucuk paku kampung)

Kerabu biasanya dibuat tanpa masak. Kecuali, mencelur beberapa bahan seperti sayur-sayuran. Semua bahan hanya perlu di gaul sebati dan di perasakan dengan perahan limau, belacan, cili, garam dan gula.

Bahan-bahan:

  • 250gm taugeh
  • 500gm isi kerang – optional
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi – boleh tambahkan @kurangkan (ditumbuk)
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2sb kerisik

Cara penyediaan kerabu pucuk paku kampung:

1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.

2. Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

3. Siap dan bolehlah dihidangkan.

Mudah sangat ye nak buat kerabu pucuk paku kerang ni. Boleh makan macam tu je kalau korang suka. Sayur dan kerang pun banyak khasiatnya. Kerang ni boleh mengurangkna masalah jantung. Itu adalah salah satu manfaatnya.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending