Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Nasi Lemak Kuning Arwah Mak, Bungkus Surat Khabar Makan Rasa Macam Dekat Kampung!

Published

on

Resipi Nasi Lemak Kuning Arwah Mak, Bungkus Surat Khabar Makan Rasa Macam Dekat Kampung!

Nasi Lemak Kuning atau turut dikenali dengan nama Nasi Lemak Kedah cukup dikenali di negeri-negeri bahagian utara. Uniknya Nasi lemak ini tak letak santan, namun dimasukkan dengan sedikit serbuk kunyit.

Bila makan Nasi Lemak dalam bungkusan surat khabar lama macam ni memang mengimbau nostalgia macam makan di kampung. Nak belajar buat Nasi Lemak Kuning, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Asiah ini sebagai rujukan;

Kalau buat Nasi Lemak Kedah, saya memang suka bungkus dengan surat khabaq lama. Bila makan rasa macam kat kampung.

Resipi Nasi Lemak Kuning Cara Arwah Mak

ARTIKEL LAIN : Teknik Rebus Nasi Impit Cepat Masak, Cuma 30 Minit. Jimat Gas & Masa

Bahan-Bahan (Nasi Lemak Kuning):

  • Beras
  • *2 tangkai daun kari
  • *Bawang kecil dihiris
  • *Bawang putih dihiris
  • *halia
  • *4 sekawan
  • *Daun pandan
  • Planta
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Membuat :

  1. Tumis bahan * hingga wangi dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan sukatan air, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub ayam.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
  4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan planta dan tutup periuk, biarkan dalam 4 minit. Kemudian, buka dan kacau rata.
  5. Siap untuk dihidang.

Sambal Tumis (Bahan-Bahan):

  • Cili Kering kisar
  • Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos cili
  • bawang putih (diketuk)

Cara Membuat:

1. Tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan cili kisar, kacau samapi garing/ naik bau.

2. Masukkan bawang kisar tadi, dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.

3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan garam.

4. Bila mendidih boleh masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.

Siap! Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Nasi Lemak Yang Sedap, Pekat & Merah Cantik

Sumber: Nor Asiah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Published

on

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Kucai merupakan antara sayuran yang mudah ditanam di rumah dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Selain dijadikan bahan dalam mi, sup, cucur dan masakan tumis, pokok kucai juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat jika dijaga dengan baik. Tanam Kucai Dalam Polibeg

Menariknya, hanya dengan beberapa ubi kucai, anda boleh menghasilkan rumpun yang semakin membesar dari semasa ke semasa. Malah, jika hasilnya banyak, ia bukan sahaja mencukupi untuk kegunaan sendiri, malah boleh dijual bagi menambah pendapatan.

Bagi yang ingin mencuba, berikut ialah cara mudah menanam pokok kucai supaya cepat membiak dan sentiasa mengeluarkan daun baharu.

Medium Tanaman Yang Sesuai

Pokok kucai lebih mudah hidup dalam medium yang gembur dan mempunyai saliran air yang baik.

Campuran tanah topsoil bersama abu sekam padi merupakan antara pilihan yang sesuai kerana dapat mengekalkan kelembapan sambil memastikan akar mendapat pengudaraan yang mencukupi.

Cara Menanam Kucai

1. Gunakan ubi kucai

Pokok kucai lebih mudah dibiakkan menggunakan ubi atau rumpun berbanding biji benih.

Bagi setiap polibeg bersaiz 14 x 14 inci, memadai menanam sekitar tiga ubi supaya pokok mempunyai ruang mencukupi untuk membesar dan menghasilkan lebih banyak anak.

2. Tanam dalam medium yang lembap

Masukkan ubi ke dalam medium tanaman dan padatkan sedikit tanah di sekelilingnya. Siram secukupnya selepas selesai menanam bagi membantu akar menyesuaikan diri.

Rahsia Kucai Cepat Membiak

Salah satu teknik penting yang ramai tidak tahu ialah memotong daun kucai selepas kira-kira sebulan ditanam.

Daun yang dipotong akan merangsang pertumbuhan daun baharu dan pada masa yang sama membantu rumpun kucai menghasilkan lebih banyak anak. Semakin kerap dituai dengan cara yang betul, semakin cepat pokok membiak.

Keperluan Cahaya Matahari

Kucai memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbuh subur.

Letakkan tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang. Jika diletakkan di tempat yang terlalu teduh, pertumbuhan pokok akan menjadi perlahan dan pembiakan rumpun juga berkurangan.

Cara Menyiram Pokok Kucai

Siram pokok pada waktu pagi dan petang terutama ketika cuaca panas. Pastikan medium sentiasa lembap, namun elakkan air bertakung kerana keadaan terlalu basah boleh menyebabkan akar mudah rosak.

Pembajaan Untuk Daun Lebih Subur

Bagi memastikan daun kucai sentiasa hijau dan lebat, lakukan pembajaan secara berkala.

Antara baja organik yang sesuai digunakan ialah baja tahi kambing atau baja berasaskan kopi. Kedua-duanya membantu menambah nutrien dalam tanah dan menyokong pertumbuhan daun yang lebih sihat.

Tip Penjagaan Pokok Kucai

  • Gunakan medium tanaman yang gembur dan mempunyai saliran baik.
  • Tanam menggunakan ubi yang sihat.
  • Potong daun secara berkala untuk merangsang pertumbuhan baharu.
  • Pastikan pokok menerima cahaya matahari yang mencukupi.
  • Siram secara konsisten terutama ketika musim panas.
  • Berikan baja organik mengikut jadual bagi mengekalkan kesuburan pokok.

Kesimpulan

Menanam pokok kucai di rumah bukan sahaja mudah, malah tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Dengan medium yang sesuai, cahaya matahari yang mencukupi dan teknik memotong daun secara berkala, pokok kucai mampu membiak dengan cepat dan menghasilkan daun yang lebat.

Jika dijaga dengan baik, hanya beberapa ubi kucai sudah cukup untuk menghasilkan banyak rumpun yang boleh dituai berulang kali, sekali gus menjimatkan perbelanjaan dapur dan berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan.

Continue Reading
Advertisement

Trending