Connect with us

Tips Dan Petua

Petua Berkesan Cuci Siput Sedut, Hilang Segala Lumpur & Lendir. Rasa Pun Lebih Manis!

Published

on

Petua Berkesan Cuci Siput Sedut, Hilang Segala Lumpur & Lendir. Rasa Pun Lebih Manis!

Siput Sedut antara makanan kegemaran bagi sesetengah masyarakat, lebih-lebih lagi jika dimasak gulai lemak cili api.

Siput sedut hidup jika tidak dibasuh dengan bersih akan mempengaruhi rasa masakan yang akan disediakan. Kerana siput sedut kebiasaanya berlumpur dan berlendir.

Jadi jika ada penggemar siput sedut, petua membersihkan siput sedut ini pasti dapat membantu anda. Dengan mengggunakan hampas kelapa, siput sedut akan menjadi bersih dari segala lumpur dan lendir. Bahkan rasa siput sedut pun akan menjadi lebih manis.

PETUA BERKESAN CUCI SIPUT SEDUT, HILANG SEGALA LUMPUR DAN LENDIR.

ARTIKEL LAIN : Cara Rebus Kerang Yang Betul, Isi Tak Kecut, Lembut Dan Segar

Ini petua yang dikongsikan oleh Intan Suraya Haron. Menurutnya, petua turun temurun ini memang berkesan dan ramai yang masih guna sampai sekarang. Mari ikuti perkongisan beliau dibawah ini.

Assalammualaikum, tadi nampak ada yang bertanya pasal siput sedut, kebetulan masak siput arini, bolrh la share tips. Saya pun jarang masak, sebab tak brapa rajin, kerjanya agak remeh.. tapi sedap bila dah masak & anak-anak semua suka makan.. maka terpaksa la rajinkan diri.

1. Gaulkan siput yang masih hidup dengan hampas kelapa, biar semalaman. Supaya siput tu muntahkan segala kekotoran dalam badan dia. (Santannya simpan untuk masak gulai)

2. Tutup dengan penapis berjaring macam ni supaya siput tak mati. Tindihkan dengan lesung batu.

Pagi ni, siput masih hidup, tapi hampas tu dah jadi hitam, sebab siput dah muntahkan segala isi perut dia.

3. Kerat hujung siput, jangan pendek sangat nanti susah nak sedut. Saya kerat guna cutter.

4. Cuci bersih dan boleh la terus dimasak. Kalau ada daun pucuk ubi, tonyok pada siput semasa dicuci supaya kekotoran pada badan senang ditanggal. Kalau tak ada, sental saja dengan span cuci pinggan,

5. Sedia untuk dimasak masak lemak cili api. Saya guna resipi biasa saja. Tumbuk cili api, kunyit hidup, serai dan daun kunyit. Kalau ada keladi lagi sedap. Renehkan sekejap, terus masukkan siput dan kacau jangan bagi pecah minyak. Agak-agak dah menggelegak 3 kali, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Saya lawankan dengan kerisi goreng, sambal tempoyak & ulam-ulam. Memang kelautan dalam la diet hari ni.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Pajeri Nenas Yang Sedap Dan Pekat Tanpa Santan

Sumber/Foto : Intan Suraya Haron

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending