Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Asam Pedas Melaka Asli. Ini ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Published

on

Resepi Asam Pedas Melaka Asli. Ini ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Bila sebut Melaka antara yang popular adalah masakan Asam Pedas nya. Aromanya serta keenakkannya itu yang mebuatkan ramai orang teringat-ingat. Jadi tidak hairanlah jika ada orang yang sanggup memandu jauh ke Melaka hanya kerana ingin merasinya kesedapannya ketika menyapa dimulut.

Terkadang tertanya juga kan? Apa rahsia di sebalik keenakkan Asam Pedas Melaka ini. Sebenarnya anda juga boleh masak sendiri asam pedas yang sedap, kuah yang pekat dan padu macam di Melaka. Puan Liza Idris ada berkongsi rahsia dan resepi Asam Pedas Melaka Asli.

Boleh lah anda cuba masak sendiri nanti. Jom ikuti perkongsian ini

CARA BUAT ASAM PEDAS ASLI

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Ayam Masak Rose, Ikut Cara Tukang Masak Kenduri. Confirm Sedap

Nah, resipi Asam Pedas Melaka Asli. Rahsia kuahnya pekat, sedap dan padu saya kongsikan.

Makan je, terus terasa seolah berada di negeri Melaka Bandar Bersejarah

BAHAN-BAHAN KISAR :

  • 2 biji bawang besar size sederhana
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Cili kering

BAHAN-BAHAN LAIN :

  • Ikan pari @ apa-apa jenis ikan
  • 1 sudu besar Halda
  • 1 sudu kecil Gula
  • 2 batang Serai
  • 1 sudu paste Asam Jawa
  • 1 mangkuk air
  • Bunga Kantan
  • Garam
  • Tomato

CARA-CARA :

1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar.

2. 1 mangkuk cili kisar asingkan.

3. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.

4. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

5. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.

6. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.

7. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.

8. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

9. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.

10. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.

11. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.

12. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

Mudah kan? Lepasni kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!

HAH SIAP!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Buttermilk Yang Sedap. Kekal Rangup Walaupun Berkuah. Ini Caranya!

Sumber/Foto : Liza Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Published

on

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Harga bahan dapur seperti bawang merah semakin hari semakin meningkat. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari alternatif bijak dengan menanam sendiri bahan masakan di rumah.

Selain lebih jimat, bawang yang ditanam sendiri juga lebih segar, bebas bahan kimia dan boleh dituai bila diperlukan.

Perkongsian daripada Misnah Olo menunjukkan bahawa bawang merah sebenarnya sangat mudah untuk ditanam walaupun di kawasan rumah yang kecil.

1. Guna Bawang Merah Dari Dapur

Anda tidak perlu benih khas untuk memulakan tanaman ini.

  • Gunakan bawang merah biasa yang ada di dapur.
  • Potong sedikit bahagian jambul atau hujung atas bawang untuk merangsang pertumbuhan tunas.

Langkah ini membantu mempercepatkan proses keluarnya daun baru.

2. Sediakan Tanah Yang Sesuai

Tanah memainkan peranan penting dalam memastikan bawang membesar dengan baik.

  • Gunakan campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.
  • Pastikan tanah jenis gembur (peroi) dan mudah menyerap air.
  • Elakkan tanah yang terlalu padat kerana boleh mengganggu pertumbuhan bawang.

3. Cara Menanam Bawang

Proses menanam sangat mudah dan tidak memerlukan teknik rumit.

  • Tanam sebiji bawang pada satu lubang.
  • Benamkan sedikit sahaja bahagian pangkal bawang.
  • Jangan tanam terlalu dalam.
  • Jarakkan setiap pokok supaya bawang mempunyai ruang untuk membesar.

4. Penjagaan Harian

Selepas ditanam, bawang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan hasil yang optimum.

  • Boleh diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.
  • Siram dua kali sehari ketika awal pertumbuhan.
  • Apabila pokok sudah besar, cukup siram sekali sehari.
  • Elakkan air bertakung kerana bawang mudah rosak jika terlalu lembap.

5. Pembajaan dan Penjagaan Tambahan

Untuk memastikan bawang membesar dengan sihat:

  • Baja setiap dua minggu sekali.
  • Pastikan saliran tanah baik untuk mengelakkan reput.
  • Jangan petik daun bawang semasa proses pertumbuhan.

Daun yang sihat membantu proses pembentukan bawang di dalam tanah.

6. Tempoh Menuai Hasil

Biasanya, bawang merah boleh dituai selepas kira-kira 3 bulan.

Tanda-tanda bawang sudah matang:

  • Daun mula menguning
  • Daun kelihatan kering dan rebah

Pada ketika ini, bawang sudah sedia untuk dituai dan digunakan di dapur.

Penutup

Menanam bawang merah sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kos dapur, malah memberikan kepuasan apabila dapat menuai hasil sendiri.

Dengan teknik yang mudah ini, sesiapa sahaja boleh cuba menanam bawang merah walaupun hanya mempunyai ruang yang terhad di rumah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan hasil bawang yang segar dan berkualiti!

Continue Reading
Advertisement

Trending